Wednesday 4 July 2012

GEMPARR !!! RANGKA GERGASI DI TEMUI DI KEDAH ???


Penduduk Kedah Asalnya Dari Gergasi?

Sejarah awal negeri Kedah amat rumit sekali hendak diketahui orang. Kerana mengikut dari sumber-sumber yang boleh dipercayai seperti dari buku-buku Hikayat Merong Mahawangsa dan At-Tarikh Salasilah Negeri Kedah bahawa negeri ini telah dibuka kira-kira seratus tahun sebelum dari Nabi Muhammad dilahirkan, iaitu kira-kira dalam tahun 470M, atau kira-kira seribu tahun terdahulu dari pembukaan kerajaan Melayu Melaka.

Ianya sezaman dengan tumbuhnya lain-lain kerajaan di benua Asia seperti Kerajaan P’an P’an, Hunan, Cenla dan Campa yang sekarang telah hilang namanya dalam sejarah dan berganti dengan nama-nama kerajaan yang baru pula.

Memandang masa yang begitu lama, tentulah ahli-ahli sejarah tidak dapat memberi keterangan lanjut dan tarikh yang tepat mengenai sejarah negeri itu.

Mengikut Hikayat Merong Mahawangsa (HMM), penduduk asal negeri Kedah (Pulau Serai) ialah keturunan gergasi. Manakala raja pertama pula ialah Merong Mahawangsa sendiri yang berasal dari indera kayangan dan bersahabat baik dengan raja Rom. Ketika Merong Mahawangsa mengiringi Putera Raja Rom untuk berkahwin dengan Puteri China, angkatan mereka telah karam dibinasakan oleh burung geruda yang telah bersumpah sebelum itu dengan Nabi Allah Sulaiman a.s. untuk menggagalkan perkahwinan kedua anak raja itu.



Bila angkatan itu binasa, masing-masing membawa diri. Merong Mahawangsa berusaha untuk menyelamatkan Putera Raja Rom itu tetapi gagal. Akhirnya Merong Mahawangsa sampai di Pulau Serai (Kedah) dan dilantik menjadi raja kepada kaum gergasi yang mendiami pulau itu. Pulau Serai itulah dipercayai Gunung Jerai yang ada sekarang ini. Agaknya kawasan tanah rendah di persekitaran gunung itu belum lagi timbul dari aras laut. Dari keturunan Merong Mahawangsa inilah terus menerus memerintah negeri Kedah sampai sekarang ini.

Ada enam orang raja sebelum negeri Kedah menerima agama Islam. Mereka itu ialah Raja Merong Mahawangsa, Raja Ong Mahapudisat, Raja Seri Mahawangsa, Seri Maha Inderawangsa, Raja Ong Maha Perita Deria (Raja Bersiong), Raja Phra Ong Mahapodisat dan Raja Phra Ong Mahawangsa iaitu raja yang mula-mula menerima agama Islam dengan gelaran Sultan Mudzaffar Syah.

Menurut tawarikh Siam pula, susunan raja sebelum menerima agama Islam adalah seperti berikut; pertama – Phra Ong Mahawangsa, kedua – Phra Ong Mahapodisat, ketiga – Seri Mahawangsa, keempat – Sri Maha Inderawangsa, kelima – Phra Ong Maha Yatidahara, keenam – Phra Ong Mahapodisat dan ketujuh – Phra Ong Mahawangsa iaitu Sultan Mudzaffar Syah (sultan yang mula-mula menerima agama Islam)..Baca selanjutnya

3 comments:

Anonymous said...

bro
betul ke gambar tu? sebab gambar tu mcm sama dgn penemuan yg sama di greece/itali/roman 3 tahun lepas.

Anonymous said...

bodo punya blogger...tu mana punyer gambo ko ambik...dah xde idea ker pencacai umngok ni...nak tunjuk tu biar realiti..yg boley dpercayai...x abis2 fitnah kaum haprak umngok ni...manusia bodo dan malas...

Anonymous said...

Apasal nak kaitkn ngan politik pulak ni.. Lau salah di tegur dengan care yg betul bukan kait dengan something yg out of topic...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

REJIMEN PEJUANG MAYA DIRAJA

Popular Posts

Followers

Blog Archive