Monday 23 April 2012

MUKA MUKA YANG AKAN HILANG KERUSI PARLIMEN PENGGAL DEPAN ?



Lidah rasmi PAS, Harakahdaily yang kerap “kantoi” menipu itu baru-baru ini menyiarkan berita yang kononnya para pemimpin UMNO dan BN resah bila beberapa pemimpin utama Pakatan Haram dikatakan akan bertanding di Johor.

Ahli Parlimen Kubang Kerian di Kelantan, Salahuddin Ayub sebelum ini “dihalau” pulang ke negeri asalnya, Johor. Biasalah, puak-puak Kelantan memang amalkan sifat assabiyyah kenegerian yang tinggi pun. Itu bukan rahsia.

Terkini, beberapa “hardcore”DAP pula dikatakan akan dicalonkan di Johor. Antaranya ialah Ahli Parlimen Ipoh Timur, Lim Kit Siang, Ahli Parlimen Serdang, Teoh Nie Ching dan Ahli Parlimen Batu Gajah, Fong Po Kuan.

Menariknya, Harakahdaily menyifatkan Po Kuan sebagai “Ahli Parlimen yang digeruni di Parlimen”! Anda pernah dengar namanya? Benarkah dia digeruni di Parlimen? Tiba-tiba saja lidah rasmi PAS itu menjulang nama pemimpin kafir harbi itu? Sudah terdesak sangat, kah?

Persoalannya, benarkah UMNO goyah dan resah dengan taktik Pakatan Haram meletakkan pimpinan utama mereka di negeri yang menjadi kubu kuat UMNO-BN itu?

Pada pandangan saya, sekiranya seluruh ‘general-general perang’ Pakatan Rakyat sekali pun bertanding Johor, tidak semestinya mereka semua akan menang bertanding pilihanraya. Jika Allah SWT tidak izinkan, letak siapa pun bertanding di Johor, dia akan tetap kalah juga, kan?

Siapa Salahuddin Ayub di mata orang Johor? Apa jasa Salahuddin pada orang Johor selama mencebur diri dalam bidang politik? Ada dia selalu balik kampungnya dan mengambil tahu tentang keadaan rakyat Johor? Kalau ada pun, hanya sekali dua saja dalam setahun. Itu pun mungkin sebab dia balik kampung sempena Aidilfitri atau Aidiladha…

Sambung baca seterusnya

3 comments:

Unknown said...

Baguslah tu, datang ramai2 utk dikuburkan karier politiknya di Johor..

PENDUDUK KERINCHI MASIH MENANTI PERMOHONAN MAAF NURUL IZZAH. Baca di sini...

http://apakecoh2.blogspot.com/

Anonymous said...

org johor akan sambut dengan paluan kompang dan bunga mangar,atau ada yg menangis hingga ke pru 14 sebab tak dapat jadi MB.

Anonymous said...

si salahudin ayub tu masa ayah dia sakit lama terlantar di hospital pontian sekali je dia menjenguk..kakitangan wad pun tak perasan yg dia siapa masa sekali tu dia melawat..yg diaorg tau pakcik tu ada anak org kuat politik kat KL n semua teringin nak tengok sapa org tu..rupanya org kuat PAS..

itu la kan bila sibuk sangat berpolitik sampai ayah sakit pun ta terjenguk..lepas tu berangan nak bertanding kat kampung halaman..silakan la yee..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

REJIMEN PEJUANG MAYA DIRAJA

Popular Posts

Followers

Blog Archive