Wednesday 11 April 2012

AHLI PAS SENDIRI AKAN MENJATUHKAN PAS DI KEDAH ??



Apabila ahli-ahli PAS mengadakan demonstrasi di depan Wisma Darulaman, menyatakan ketidak puasan hati mereka terhadap isu air dan ketidakmampuan Ustaz Azizan sebagai Menteri Besar pada 10.10.10, PAS terkedu.

Tidak pernah Parti yang paling kuat memutar belit, waima ayat Al-Quran pun dibelitkan ini terkedu sedemikian rupa. Satu-satu sebabnya ialah mereka yang datang berdemonstrasi pada 10.10.10 tersebut adalah orang-orang kuat PAS sendiri.


Antaranya ialah Cikgu Non, Ustaz Najib Fahami, Mohd Noor Abdul Rahman yang merupakan antara bekas tunggak PAS Kedah, peneraju dan pengasas institusi dibawah PAS dan Institusi yang pro PAS.


Tidak ada jawapan kukuh dari Ustaz Azizan melainkan memperlekehkan pihak yang membuat demonstrasi ini.

Kes ini juga pukul berturut-turut kepada PAS Kedah yang baru-baru ini lumpuh di Pendang gara-gara 15 AJK Kawasan meletakkan jawatan secara serentak.

Ulasan-ulasan kononnya cara mereka menyatakan protes adalah tidak berhikmah, dan sepatutnya dilakukan dalam mesyuarat akan hanya memalukan PAS kerana selama ini itulah cara yang sering digunakan PAS untuk mengkritik pihak pemerintah sebelum ini.

Hendak diikut kata-kata pihak yang mengkritik bermakna Ustaz Azizan perlu meninggalkan kerusi empuk MB, sebaliknya jika PAS menolak kritikan pihak ini bermakna tiada demokrasi dan kebebasan meluahkan pendapat.

Apa saja tindakan PAS, bahananya tetap tidak terlepas. Sebaliknya UMNO dijadikan kambing hitam.


Kedah Times

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

REJIMEN PEJUANG MAYA DIRAJA

Popular Posts

Followers

Blog Archive