Monday 20 February 2012

PANAS!! RAKYAT KECEWA KUPON JOM SHOPPING HANYA RETORIK PKR???!!



SLOGAN kerajaan pakatan pembangkang Selangor, Merakyatkan Ekonomi Selangor melalui Skim Mesra Usia Emas diharap bukan hanya sekadar kata-kata kosong sahaja.

Ini kerana ibu dan bapa saya sampai kini masih menanti dengan penuh harapan janji-janji manis kupon bernilai RM100 daripada kerajaan negeri Selangor.

Program 'Jom Shopping' telah mendapat perhatian seluruh rakyat Selangor tetapi malangnya hanya beberapa kawasan sahaja yang mendapat kupon itu dan bukan semua dapat merasainya.



Apabila ayah saya menghubungi kakitangan Pusat Khidmat DUN Paya Jaras, jawapan yang diberikan mendukacita dan menyakitkan hati. "Tunggu, dalam proses, tengah semak." Apa yang anehnya, kakitangan yang bertugas tidak pun meminta nombor kad pengenalan ayah saya untuk tujuan semakan tetapi terus menjawab "dalam proses" dan macam-macam lagi alasan sehingga ayah dan rakan-rakan telah muak dan hilang kepercayaan.

Sekarang sudah Februari 2012. Apakah permohonan itu masih dalam proses semakan ?

Saya berharap tulisan ini mendapat perhatian Menteri Besar sekiranya beliau benar-benar mahu merakyatkan ekonomi rakyat.

Berbanding Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan pemberian sumbangan RM100 kepada setiap anak-anak yang bersekolah, baucar buku RM200 kepada pelajar IPTA seluruh negara dan BR1M RM500 kepada golongan berpendapatan rendah. Sumbangan itu nampaknya telah dirasai oleh seluruh rakyat Malaysia bukan sesetengah sahaja.

Pelaksanaannya tetap berjalan lancar. Apa sudah jadi dengan kami yang masih menunggu kupon RM100 Jom Shopping daripada kerajaan pakatan pembangkang negeri Selangor?

Walaupun Perdana Menteri telah ditohmah dengan pelbagai perkara oleh pembangkang, namun beliau menunaikan janjinya tetapi kerajaan Selangor yang diterajui Parti keadilan Rakyat (PKR) masih berhutang janji.


Masih tunggu kupon 'Jom Shopping' RM100

RAKYAT KECEWA
Taman Ehsan Desa Jaya, Kepong

1 comment:

Anonymous said...

PR adalah Pakatan Rakyat dan juga PENIPU RAKYAT.

Sesiapa yang menugundi mereka pada PRU Ke 12 pada 2008 semuanya telah ditipu bulat-bulat dan diperbodohkan. Yang menjadi kaya raya adalah exco2 yang dilantik, yang bertambah miskin tetap rakyat.

Ha, ha, ha ... padan muka.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

REJIMEN PEJUANG MAYA DIRAJA

Popular Posts

Followers

Blog Archive