Saturday 2 August 2014

TUN DR MAHATHIR CADANG KERAJAAN TAPIS INTERNET



Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahatir Mohamad hari ini menyarankan agar kerajaan menapis internet yang disifatkannya perlu untuk melindungi ‘moraliti awam’.

“Saya tidak peduli betapa sucinya hak kebebasan, tapi saya berasa sudah tiba masanya bagi kerajaan Malaysia menapis internet,” katanya dalam posting terbarunya di blognya www.chedet.cc hari ini.



Beliau berkata, semasa menjadi Perdana Menteri pada mulanya beliau berpendirian tidak perlu mengenakan sekatan atau menapis internet, tetapi apabila membayangkan kesannya kepada masyarakat awam menyebabkannya hari ini berubah fikiran.

“Internet berperanan besar dalam menggugat moraliti awam. Anak-anak kita tidak lagi selamat daripada tededah unsur lucah daripada media cetak dan elektronik.

Hari ini setiap kanak-kanak boleh mengakses kepada bahan pornografi. Mereka tidak lagi selamat daripada gangguan seksual,” katanya.

Pada 1990-an, Dr Mahathir menekankan bahawa kerajaan tidak akan menapis internet kerana ia sebahagian usaha menarik pelaburan berteknologi tinggi ke negara ini.

“Tidak mengetahui ‘kuasa’ internet, saya berjanji bahawa kami (ketika menjadi Perdana Menteri pada masa itu) tidak akan menapisnya,. Namun, hari ini saya menukar fikiran saya,” katanya.

Mahathir yang aktif sebagai pengguna media sosial berkata, kandungan internet sebenarnya kini sudah pun ditapis.

Blognya pada minggu lalu disekat daripada diakses masuk ke dalam akaun Facebook miliknya selepas beliau menyiarkan artikel ‘The Jews’ yang menyentuh isu Yahudi dan peperangan di Gaza antara Palestin-Israel.

Menurut Dr Mahathir, beliau sudah menukar “server” dan “platform” sebanyak tiga kali tetapi cubaan menyekat blognya masih ada dan itu tidak termasuk serangan spam dan virus.

Beliau berkata, terpulang kepada kerajaan melaksanakan sekatan kerana pengendali dan pemilik server juga memainkan peranan apabila mereka kadang-kala diarah mengikut telunjuk politik. – BH Online

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

REJIMEN PEJUANG MAYA DIRAJA

Popular Posts

Followers

Blog Archive