Tuesday 20 May 2014

SUKU PERTAMA KEDAH TERIMA 4 BILION PELABURAN @MukhrizMahathir #MBMesraRakyat




Kedah menerima pelaburan sebanyak RM4 bilion dalam sektor pengeluaran bagi tempoh Januari hingga Mac tahun ini, menjadi negeri kedua tertinggi menerima pelaburan.

Menteri Besar Datuk Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir berkata pelaburan yang diluluskan itu merupakan prestasi yang sangat baik kerana jauh mengatasi pelaburan keseluruhan diterima sepanjang tahun lepas iaitu sebanyak RM2.5 bilion.

Beliau berkata Kedah pada kedudukan kedua selepas Sarawak yang menerima pelaburan sebanyak RM8.26 bilion manakala ketiga Selangor (RM1.9 bilion), diikuti Johor RM1.29 bilion dan Pulau Pinang RM831 juta.

"Pelaburan ada melibatkan pembesaran kilang sedia ada dan pelaburan baru. Antara yang besar adalah pelaburan dalam sektor fabrikasi wafer di Kulim Hi-Tech Park dan juga sub-sektor farmaseutikal," katanya ketika hadir dalam satu program MB Mesra Rakyat peringkat daerah Padang Terap



No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

REJIMEN PEJUANG MAYA DIRAJA

Popular Posts

Followers

Blog Archive