Tuesday 20 May 2014

@KedahTourism TASIK PEDU AKAN DI BANGUNKAN SEMULA @MukhrizMahathir




Kerajaan negeri Kedah akan merangka satu pelan induk pelancongan bagi memastikan sebarang pembangunan di kawasan Tasik Pedu tidak menjejaskan alam semula jadi kawasan itu.

Menteri Besar Datuk Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir berkata keistimewaan alam semula jadi di daerah Padang Terap, khususnya kawasan Tasik Pedu, merupakan aset berharga untuk negeri itu.

"Pelan induk pelancongan perlu dirangka supaya sebarang jenis pembangunan pelancongan yang bakal dibuat oleh mana-mana pihak termasuk swasta sekitar kawasan Tasik Pedu adalah sebahagian daripada perancangan yang lebih menyeluruh.



"Tak mahu bangunkan secara 'ad-hoc' yang akhirnya boleh menjejaskan keistimewaan alam semula jadi, ini satu aset yang sangat berharga," katanya ketika merasmikan Kedah Fun Ride di Charok Batang Padi Tasik Pedu..

Beliau berkata Tasik Pedu boleh dibangunkan sebagai destinasi ekopelancongan kerana mempunyai pelbagai tarikan antaranya tasik garam yang menjadi tumpuan haiwan liar seperti gajah.

Selain itu, Mukhriz berkata Tasik Pedu mempunyai berpuluh-puluh spesies pokok yang tidak ditemui di tempat lain.

Beliau berkata banyak pihak menunjukkan minat membangunkan kawasan Tasik Pedu sekiranya kerajaan negeri bersedia memberi laluan kepada mereka.

"Kita tidak mahu gelojoh dalam membangunkan Tasik Pedu, disebabkan itu kita buat satu pelan induk pelancongan terlebih dahulu sebelum benarkan mana-mana pihak bangunkan," katanya.

Beliau turut memberitahu bahawa pembangunan pelancongan di Tasik Pedu tidak akan melibatkan sebarang aktiviti pembalakan kerana kawasan tersebut merupakan kawasan tadahan air.



No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

REJIMEN PEJUANG MAYA DIRAJA

Popular Posts

Followers

Blog Archive