Friday 16 May 2014

KEDAH TERIMA PELABURAN SEBANYAK RM 4 BILION SEJAK JANUARI 2014



Kedah menerima pelaburan sebanyak RM4 bilion dalam sektor pengeluaran bagi tempoh Januari hingga Mac tahun ini, menjadi negeri kedua tertinggi menerima pelaburan.

Menteri Besar Datuk Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir berkata pelaburan yang diluluskan itu merupakan prestasi yang sangat baik kerana jauh mengatasi pelaburan keseluruhan diterima sepanjang tahun lepas iaitu sebanyak RM2.5 bilion.

Beliau berkata Kedah pada kedudukan kedua selepas Sarawak yang menerima pelaburan sebanyak RM8.26 bilion manakala ketiga Selangor (RM1.9 bilion), diikuti Johor RM1.29 bilion dan Pulau Pinang RM831 juta.



“Pelaburan ada melibatkan pembesaran kilang sedia ada dan pelaburan baru. Antara yang besar adalah pelaburan dalam sektor fabrikasi wafer di Kulim Hi-Tech Park dan juga sub-sektor farmaseutikal,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Exco kerajaan negeri di sini hari ini.

Mukhriz berkata kemasukan pelaburan yang tinggi dalam tempoh tiga bulan pertama tahun ini menunjukkan Kedah masih merupakan destinasi pelaburan yang diminati pelabur asing dan tempatan.

“Saya harap lebih banyak pelaburan seperti ini masuk ke Kedah sekaligus membuka peluang pekerjaan berpendapatan tinggi kepada rakyat kita dan juga warga (Malaysia) dari luar Kedah,” katanya.

Beliau berkata kerajaan negeri akan mempertingkat usaha untuk menarik lebih banyak pelaburan, bukan hanya sektor pengeluaran tetapi juga dalam sector pelancongan dan perkhidmatan.

“Kita tidak tumpu kepada kedudukan ke berapa kita tetapi tumpu kepada jumlah pelaburan yang masuk. Tahun lepas, pelaburan termasuk juga sector perkhidmatan dan pelancongan berjumlah RM13.1 bilion,” katanya. -SUMBER

1 comment:

Anonymous said...

Harapnya YB DS Mukhriz, bukan hanya mementingkan JUMLAH pelaburan tetapi JENIS pelaburan - kerana jgn.lah sampai maruah, identiti dan hak agama, bangsa dan negara, serta TANAH PUSAKA nenek moyang Islam/Melayu kita terus TERGADAI kpd. si KAPIRDAJAL Barat-ZIONIS/China dan ejen mereka dr. DAPBANGKAI/PKRSODOM, termasuk dgn. menyertai TPPA yg. sebenaqnya dikuasai ZIONIS, terutamanya melalui US-Canada-Mexico-S'pura!

Yg. herannya, kenapalah pelaburan (yg. termasuk pelancongan terutamanya di Langkawi) dr. Dunia Islam spt. OIC (Pertubuhan Kerjasama Islam Sedunia) tidak lebih dipertingkatkan dgn. amat agresif,(setakat ini Qatar-Turki yg. terlalu pro-Barat/Zionis mendominasi pelaburan dr. Dunia Islam kat Tanah Melayu ni) - dan berasaskan industri ISLAM, cthnya pelancongan ISLAM dgn. hotel-hotel/kapal pelayaran besar bercirikan budaya Islam, termasuk kolam renang/sebahagian pantai/kemudahan berasingan utk. kaum wanita?!

Makcik Sambal Belacan – PERTAHAN ISLAM/umatnya, Kesultanan Melayu, Bahasa Melayu, hak BUMIPUTERA Melayu dan BUMIPUTERA lain; dan hak orang miskin dari semua bangsa yang hormat Islam, dan bangsa dan hak Bumiputera (Bumiputera juga bermakna Pribumi/Orang Asal-Asli/Indigenous/Native/Aboriginal/First Nation).

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

REJIMEN PEJUANG MAYA DIRAJA

Popular Posts

Followers

Blog Archive