Thursday 15 May 2014

KERAJAAN KEDAH HANTAR CADANGAN KEPADA PM UNTUK MEMBANTU PEKEBUN GETAH !!! @MukhrizMahathir




Kerajaan Kedah akan mengemukakan beberapa cadangan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak tentang usaha meringankan beban mereka yang terbabit dalam sektor getah berikutan kejatuhan harga komoditi itu ketika ini.

Menteri Besar Datuk Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir berkata cadangan itu bertujuan meringankan beban kewangan yang dipikul oleh mereka yang terbabit dalam sektor itu.

Bagaimanapun, beliau tidak mendedahkan cadangan-cadangan itu namun menjelaskan ia tidak melibatkan cadangan menetapkan harga lantai getah kerana perkara itu bergantung kepada harga pasaran.



“Kita terima pelbagai rungutan daripada banyak pihak termasuk pekebun kecil dan pengusaha getah. Kita mengambil serius penurunan harga getah ni dan sedang menyediakan satu cadangan dengan empat lima perkara yang nak kita kemukakan kepada Perdana Menteri untuk pertimbangan beliau.

“Antara lain untuk meringankan beban kewangan khususnya yang dipikul oleh rakyat yang terbabit dengan sektor getah ni untuk menghadapi tekanan hidup kenaikan harga barang dan sebagainya,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Exco di sini hari ini.

Sementara itu, Mukhriz berkata tiada sebarang lesen sementara dikeluarkan kepada mana-mana pusat hiburan yang menawarkan mesin judi haram di negeri ini.

Katanya sebelum ini, beberapa pusat hiburan di negeri ini yang dikenakan tindakan antaranya disaman dan disita kerana menawarkan mesin judi haram di premis mereka memberi alasan bahawa mendapat lesen sementara yang dikeluarkan oleh pejabat daerah masing-masing.

“Saya menerima laporan bahawa masalah ini semakin berleluasa dan ada antara mereka yang memberikan alasan mendapat lesen sementara. Saya ingin menyatakan di sini bahawa kerajaan negeri tidak pernah mengeluarkan lesen sementara, tidak ada mana-mana lesen bersifat sementara. Mestilah ada lesen yang sah yang didapati daripada pejabat daerah.

“Jadi kita sedang siasat dan akan ambil tindakan terhadap mana-mana premis tawarkan sebarang bentuk hiburan tanpa lesen lebih-lebih lagi mesin judi haram.

Sekiranya didapati mana-mana pegawai yang keluarkan lesen, tindakan disiplin akan diambil ke atas mereka,” katanya. – BERNAMA

1 comment:

Anonymous said...

Harapnya YB DS Mukhriz akan MEMPERTAHANkan Kedah sbg. negeri yg. dulunya amat kuat budaya ISLAM/Melayunya, termasuk kpg-kpg. PUSAKA sawah padi dan nelayan Melayu! Apalagi Perlis dan Kedah; puak- puak Kapir dengan kuilnya makin berlambak, termasuk si PENDATANG China Thai; sedangkan BUMIPUTERA Islam/Melayu Thai diBUNUH sesuka hati oleh si KAPIRDAJAL Cina Thai RASIS!

Makcik Sambal Belacan – PERTAHAN ISLAM/umatnya, Kesultanan Melayu, Bahasa Melayu, hak BUMIPUTERA Melayu dan BUMIPUTERA lain; dan hak orang miskin dari semua bangsa yang hormat Islam, dan bangsa dan hak Bumiputera (Bumiputera juga bermakna Pribumi/Orang Asal-Asli/Indigenous/Native/Aboriginal/First Nation).


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

REJIMEN PEJUANG MAYA DIRAJA

Popular Posts

Followers

Blog Archive