Friday 18 April 2014

PEMUDA UMNO KEDAH PRIHATIN NASIB PELAJAR MALAYSIA DI JORDAN


Ketua Pemuda Umno mengadakan perjumpaan dengan pelajar Malaysia ( anak Kedah) di Jordan

Pemuda UMNO Negeri Kedah telah menerima aduan daripada Pelajar-pelajar Kedah di Amman, Irbid dan Mafraq, Jordan mengenai permasalahan yuran dan kenaikan kos pengajian diketiga-tiga Universiti ini.

Menurut Ketua Pemuda Umno Kedah YBhg Dato Shaiful Hazizy Zainol Abidin, perkara ini harus dipandang serius. Beliau berlepas ke Amman, Jordan bagi membuat pertemuan khas bersama 370 pelajar Kedah disana.



Diantara permasalahan-permasalahan yang diadu oleh pelajar-pelajar adalah kenaikan yuran pengajian yang telah dinaikkan sekali ganda iaitu daripada 136 Jordan Dinar (RM 640) kepada 336 Jordan Dinar (RM 1580).

Buat masa sekarang setiap pelajar Kedah menerima pinjaman daripada Pusat Zakat negeri dan Yayasan Islam Kedah hanya RM5000 untuk setiap semester dimana ianya tidak mencukupi bagi setiap pelajar yang menampang sewa kediaman yang semakin meningkat dan kos buku-buku yang semakin membebankan.

Para pelajar mengadu bahawa proses penerimaan pinjaman daripada kedua-dua agensi tersebut menghadapi kelewatan yang amat ketara sehingga penghujung semester hingga mengakibatkan para pelajar terpaksa meminjam daripada sumber lain dan secara tidak langsung ianya juga membebankan ibu bapa yang kurang berkemampuan.

Pemuda UMNO Kedah akan mendapatkan maklumat yang lebih terperinci hasil daripada pertemuan bersama pelajar di ketiga-tiga universiti ini dan akan membuat perjumpaan susulan bersama Exco Pendidikan Negeri dan agensi-agensi yang terlibat dalam usaha membantu para pelajar negeri Kedah diperantauan.

Adalah diharapkan agar permasalahan para pelajar ini dapat diselesaikan dengan baik dan Pemuda UMNO Negeri optimis Kerajaan Negeri yang sedia ada sentiasa akan mendengar dan perihatin dengan permasalahan yang dihadapi oleh rakyat.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

REJIMEN PEJUANG MAYA DIRAJA

Popular Posts

Followers

Blog Archive