Monday 14 April 2014

GARA GARA NASIHAT RM 1 ANWAR, UNISEL RUGI RM 37 JUTA SEJAK 2009



Hairankan, Khalid mendakwa Anwar merupakan penasihat ekonomi yang paling baik dalam kejayaan memacu kewangan negeri Selangor..Sebab itu sehingga sekarang, Khalid mempertahankan Anwar sebagai Penasihat Ekonomi Selangor dengan gaji RM 1..

Barangkali atas nasihat Anwar jugalah Unisel rugi sebanyak RM 37 juta selama PR mentadbir negeri Selangor.. Bayangkan sebuah Universiti yang dahulunya teguh berdiri megah, kini menderita akibat kegagalan kerajaan negeri Selangor mentadbir urus universiti berkenaan..


Kerajaan Selangor mengakui Universiti Selangor (UNISEL) di Bestari Jaya, Kuala Selangor dekat sini mengalami kerugian kira-kira RM37 juta, berikutan bilangan penuntut di universiti itu merosot sejak 2009.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan, Dr Halimah Ali berkata faktor kedudukan kampus yang jauh dari asrama telah menyumbang kepada kemerosotan bilangan penuntut universiti itu dalam tempoh lima tahun berturut-turut.

Keadaan itu disebabkan kedudukan asrama jauh daripada kampus menyebabkan pelajar tidak berminat untuk menyambung pengajian di universiti itu, katanya semasa menjawab soalan tambahan Budiman Mohd Zohdi (BN-Sungai panjang) pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor di sini, hari ini.

Buat masa ini, penuntut Unisel itu ditempatkan di asrama sementara di Kota Puteri iaitu kira-kira 17km dari kampus universiti itu.

Ini berikutan bangunan asrama yang sedia ada dalam kawasan universiti berkenaan sedang dibaik pulih kerana mengalami keretakan.

Sementara itu, Budiman yang ditemui pemberita di lobi dewan berkata beliau tidak berpuas hati dengan kenyataan Halimah.

Katanya, faktor penginapan bukan sebab utama menyumbang kepada kekurangan bilangan penuntut di universiti itu.

“Banyak sebab lain, mungkin tiadanya promosi dan kegagalan pihak berkaitan menguruskan hal-hal pentadbiran universiti itu,” katanya. – BERNAMA

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

REJIMEN PEJUANG MAYA DIRAJA

Popular Posts

Followers

Blog Archive