Friday 29 November 2013

SIDANG ALA PARLIMEN, PENGIKTIRAFAN UMNO KEPADA MAHASISWA!! Persidangan #MahasiswaNasional @shaberyc @razaliibrahim @tunfaisal



Persidangan Mahasiswa Nasional 2013 yang bakal diadakan pada 1 Disember ini sempena Perhimpunan Agung UMNO 2013 menjanjikan kelainan apabila menggunakan format baharu berkonsepkan ala persidangan Parlimen dan Jawatankuasa Pilihan Khas.

Pengerusi Biro Institusi Pengajian Tinggi (IPT) UMNO, Datuk Razali Ibrahim berkata, pendekatan tersebut merupakan kali pertama dilakukan, berbeza dengan konsep yang digunakan sebelum ini.

Menurutnya, konsep sebelum ini lebih menjurus kepada pendekatan yang lebih berbentuk konvensyen, seminar, dialog dan forum.


"Dengan adanya format ini, kita akan dapat mengasah bakat dan kebolehan serta mengenal pasti barisan kepimpinan pelapis dalam kalangan mahasiswa.

"Selain itu, mahasiswa juga boleh dilatih berfikir secara lebih kritis dan memahami serta menyumbang pandangan bagi membentuk dasar-dasar negara," katanya pada sidang akhbar di bangunan Parlimen di sini semalam. -KOSMO

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

REJIMEN PEJUANG MAYA DIRAJA

Popular Posts

Followers

Blog Archive