Monday 25 November 2013

PEHH !! HUSAM BODEK NAK TENGOK HADI AWANG JADI PM SEBELUM MATI



Sebaik sahaja berjaya mengekalkan jawatan Naib Presiden Pas, Husam terus membodek mahu big bossnya menjadi Perdana Menteri..

Kononnya itulah agenda perjuangan parti dan perlu dibincangkan oleh seluruh saf kepimpinan supaya impian itu tercapai..

Husam siap declare nak tengok Haji Hadi jadi PM sebelum dia mati walaupun cuma satu hari..

Nampak sangat pemimpin Pas bukan nak perjuangkan Islam sangat sebaliknya mengejar cita cita untuk mengejar jawatan.. Apa yang paling penting bagi Pas ialah menjatuhkan parti yang begitu dibenci sampai mati iaitu Umno..



Tiada apa yang lebih penting dalam perjuangan Pas melainkan menjatuhkan Umno.. Sebab tu Pas sanggup bersekongkol dengan Pkr dan Dap menjual Islam..

PAS mahu Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menjadi perdana menteri negara ini, kata Naib Presidennya, Datuk Husam Musa Ahad.Beliau memberitahu Muktamar PAS ke-59 di Shah Alam bahawa itulah yang seharusnya menjadi agenda perjuangan parti dan perlu dibincang oleh seluruh saf kepimpinan untuk direalisasikan.

"Saya nak tengok Ustaz Hadi jadi Perdana Menteri sebelum dia mati, walaupun cuma satu hari. "Kata-kata (perwakilan) konon PAS akan tinggalkan agenda untuk tawan Putrajaya sepatutnya tidak patut diucapkan. Kita sepatutnya susun strategi untuk memastikan kemenangan diperolehi," katanya pada sesi penggulungan muktamar itu.

Bernama melaporkan kata-kata Husam mendapat tepukan gemuruh perwakilan sekali gus menjadi isyarat bahawa PAS tidak mahu Ketua Pembangkang dan Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi perdana menteri seperti cakap-cakap sebelum ini.

Husam berkata dengan menjayakan agenda itu, semua anggota PAS pastinya senada dan tidak akan berselisih faham dalam memilih perdana menteri.

Dalam pada itu, beliau menafikan dakwaan berlakunya pertembungan antara dua kem membabitkan golongan ulama dan profesional pada pemilihan kali ini. - 24/11/2013- antarapos

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

REJIMEN PEJUANG MAYA DIRAJA

Popular Posts

Followers

Blog Archive