Wednesday 5 June 2013

WOWWW !!! JUAL BELACAN MAMPU PAKAI AUDI R8 ??



Dua beradik antara tiga suspek yang dicekup polis selepas berada dalam senarai dikehendaki pihak berkuasa kerana melarikan sebuah kereta mewah Audi R8 dari sebuah bilik pameran kereta di Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur pada Khamis lalu.

Dalam serbuan pada jam 2 petang kelmarin, seorang lelaki berusia 33 tahun dan adik perempuannya berusia 26 tahun serta seorang lelaki lain berusia 31 tahun ditahan di rumah keluarga dua beradik terbabit di Kampung Kurung Tengar, Kuala Perlis, bersama kereta mewah bernilai lebih RM500,000 itu.

Difahamkan, kedua-duanya yang juga anak kepada pengusaha belacan di negeri ini dikatakan pulang ke kampung mereka sejak beberapa hari lalu dengan menaiki kereta terbabit yang dilarikan dari sebuah bilik pameran kereta di ibu kota.



Ketua Bahagian Siasatan Jenayah negeri Superintendan Tengku Mohd Zailan Tengku Ahmad Shah berkata, dalam kejadian Khamis lalu, ketiga-tiga suspek melarikan kereta mewah berkenaan selepas memandu uji kenderaan mewah itu apabila menipu kononnya mahu membelinya.

Katanya, sebaik melarikan kereta itu, suspek membawanya sehingga ke Perlis sebelum disembunyikan di tempat letak kereta di rumah orang tua dua beradik berkenaan. – HARIAN METRO


KOMEN'
Kan bagus kalau anak anak pengusaha belacan ni tolong ayah dia majukan bisnes belacan..Tak mustahil mampu beli kereta Audi 8 kegilaan ramai ni..Duk curi buat apa..Bisnes belacan paling maju dan untung.Satu dunia kenal belacan..

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

REJIMEN PEJUANG MAYA DIRAJA

Popular Posts

Followers

Blog Archive