Saturday 8 June 2013

OSTAT PAS BELASAH PELAJAR !!! KEPADA PENDUDUK BALING YANG BERADA DI SEKITAR SEKOLAH INI !! PERGI BUAT LAPORAN DI BALAI POLIS SEKARANG !!!




Masih ingat video Ostat Pas belasah pelajar di sekolah pondok di Baling yang dikeluarkan oleh Blogger Team Media Kedah ?? Kali ini rakaman video ini dipetik oleh sebuah akhbar tempatan iaitu Sinar Harian..

Baca dibawah

Sebuah rakaman video memaparkan seorang remaja dibelasah oleh seorang lelaki dewasa yang didakwa berlaku di sebuah sekolah agama di sini mula tersebar di laman sosial.

Sebuah blog mendakwa lelaki dewasa itu merupakan seorang guru, manakala remaja itu merupakan pelajar di sekolah terbabit.

Video berdurasi 1.05 minit itu menunjukkan remaja terbabit ditampar, ditumbuk malah ditendang ala tomoi oleh lelaki dewasa terbabit.



Rakaman itu mula di muat turun dalam laman sosial sejak April lalu dan mendapat banyak kritikan daripada pengguna laman sosial.

Berdasarkan rakaman itu, remaja terbabit ditampar sekali di muka, ditumbuk di perut dan turut ditendang menggunakan lutut di perut.

Rakaman itu jelas menunjukkan remaja terbabit berada dalam kesakitan bagaimanapun, lelaki terbabit terus membelasah remaja terbabit tanpa belas kasihan.

Rakaman awal turut menunjukkan terdapat beberapa remaja yang berada dalam barisan berdekatan tempat kejadian, bagaimanapun, mereka seolah-olah tidak berani untuk mempertahankan mangsa.

Bagaimanapun, Jurucakap Polis Daerah Baling mengesahkan pihaknya masih belum menerima sebarang laporan mengenai kejadian berkenaan.

Pihak polis turut berharap pihak berkenaan dapat tampil membuat laporan polis bagi membolehkan pihaknya melakukan siasatan.


Kepada penduduk di sekitar pondok ini yang pernah menyaksikan aksi aksi tomoi ustaz Man terhadap pelajarnya sila laporkan kepada pihak Polis dengan segera bagi membolehkan pihak polis menjalankan siasatan..

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

REJIMEN PEJUANG MAYA DIRAJA

Popular Posts

Followers

Blog Archive