Tuesday 4 June 2013

KALAU RIZAB ANTARABANGSA BNM MENINGKAT TAKKAN NEGARA BOLEH BANKRUP ??




Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) adalah berjumlah AS$140.3 bilion (RM433.3 bilion) manakala aset mata wang asing lain berjumlah AS$9.04 bilion (RM27.9 bilion) pada akhir April 2013.

Menurut kenyataan BNM, bagi tempoh 12 bulan akan datang, aliran keluar jangka pendek bagi pinjaman dalam mata wang asing diunjurkan sebanyak AS$354.7 juta (RM1.09 bilion) disebabkan oleh pembayaran balik berjadual peminjaman luar negeri oleh kerajaan.

Jelas kenyataan itu lagi, sejajar dengan amalan yang mengikut format Special Data Dissemination Standard (SDDS) Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) yang diterima pakai sejak bulan April 2006, data tersebut tidak termasuk anggaran aliran masuk mata wang asing daripada pendapatan faedah dan pengeluaran pinjaman projek sebanyak AS$4.13 bilion (RM12.7 bilion) bagi tempoh 12 bulan akan datang.

Jumlah kedudukan hadapan panjang ialah sebanyak AS$6.10 bilion (RM18.8 bilion) pada akhir bulan April 2013. - UTUSAN ONLINE




Benarkah seperti yang didakwa pembangkang bahawa hutang negara meningkat ??

Hutang adalah perkara biasa dalam sebuah negara. Jangan samakan sesebuah negara dengan isi rumah, sistem ekonomi mereka sangat berbeza. Selagi ada pelaburan masuk dan KDNK stabil, selagi tu negara kita mampu mengatasinya.. Sebab itulah sampai ada negara yang menerbitkan bon 999 tahun. Apa-apa pun lihat di bawah, di mana Singapore yang diagungkan oleh mereka mempunyai kadar hutang lebih tinggi dari Malaysia.





Sebelum ini, Malaysia pernah memiliki kadar hutang yang melebihi 100 peratus lebih daripada KDNK kita tetapi Malaysia mampu mengatasinya.

Dan lagi satu, pembangkang negara mereka tidak pun memainkan isu ini kerana mereka tahu kadar hutang di Singapura itu tidak berbahaya langsung. Pelabur tidak pun lari daripada negara mereka, seperti mana pelabur tidak pernah lari daripada Malaysia. Mereka lebih arif ekonomi...

Pembangkang di negara lain membangkang apa yang patut dibangkang, bukan semua membangkang semua perkara perkara sehingga ada yang tidak patut dibangkang.

1 comment:

Anonymous said...

Yg bankrup nuor pakatan..bankrup isu nak dijaja nak dibuat fitnah... Raja kelentong Raja fitnah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

REJIMEN PEJUANG MAYA DIRAJA

Popular Posts

Followers

Blog Archive