Sunday 17 March 2013

KEPADA KAKI KAKI LAPTOP DAN PC TOLONG BACA



Sebarkan.

Bahaya Carpal Tunnel Syndrome(CTS) Kepada Pengguna Komputer!

Dari semasa ke semasa,pengguna komputer dan internet terus meningkat setiap tahun.Dari anak kecil hingga mereka yang telah berumur dan tidak dapat kita nafikan salah satu penyebab peningkatan penggunaan komputer dan internet ini adalah disebabkan kewujudan laman sosial yang sangat popular pada masa kini iaitu Facebook.com.

Namun adakah anda sedar terdapat satu sindrom yang sangat bahaya mampu menyerang sesiapa sahaja pengguna internet? Ianya dikenali sebagai Carpal Tunnel Syndrome(CTS).



Apa itu Carpal Tunnel Syndrome(CTS)?

Carpal Tunnel Syndrome(CTS) merupakan sindrom yang menyebabkan tangan anda “semut-semut”,kebas,kelemahan otot dan jika terus dibiarkan dalam jangka masa panjang,kemungkinan akan menyebabkan kecacatan.

Apakah penyebab penyakit Carpal Tunnel Syndrome(CTS) ini?

1.Penggunaan Tetikus(mouse) dan Papan Kekunci(Keyboard) dengan cara yang salah.
2.Perubahan hormon khususnya bagi wanita hamil.
3.Posisi tidur yang salah dan menyebabkan saraf tengah di dalam terowong karpal 4.pada pergelangan tangan tertindih ataupun tersepit ketika tidur.
5.Faktor genetik.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

REJIMEN PEJUANG MAYA DIRAJA

Popular Posts

Followers

Blog Archive