Friday 5 October 2012

#PRKampus : Naib Canselor #NCukm & Rektor #UIAM Gagal


Dari kiri : Naib Canselor UKM Prof. Tan Sri Dato' Wira Dr. Sharifah Hapsah &
Rektor UIAM Prof. Datuk Dr. Zaleha Kamaruddin


Pilihanraya kampus untuk memilih Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) sessi 2012/2013 telah selesai dijalankan di 20 IPTA yang mana kampus UIA yang mengadakan pengundian semula semalam telah dimenangi oleh Pro-M atau pelajar pro-pembangkang.

Kegagalan Pro-AM untuk menafikan penguasaan pelajar pro-pembangkang di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) sememangnya sudah dijangkakan oleh pemerhati.

Sungguh aneh kerana mandat terus diberikan kepada kumpulan pelajar pro-pembangkang yang terbukti gagal melaksanakan tugas mereka sebagai MPP sessi yang lepas terus dipilih untuk menerajui kepimpinan dua kampus besar oleh penuntut di sana.

Sudah tiada pilihan lainkah penuntut-penuntut kampus tersebut?

Jika mengikut logik apabila terdapat kumpulan pelajar yang membawa perjuangan parti pembangkang di UKM dan UIAM ini bermakna Naib Canselor UKM, Rektor UIAM, Timbalan Rektor UIAM, TNC HEP serta TNC Akademik gagal mendekati penuntut dan memberi pemahaman mengenai gagasan 1Malaysia dan agenda tranformasi yang diilhamkan oleh DS Najib Tun Razak.Sambung baca kat SINI

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

REJIMEN PEJUANG MAYA DIRAJA

Popular Posts

Followers

Blog Archive