Tuesday 2 October 2012

PANASS !! KRISIS AIR DI SELANGOR MAKIN NAZAK !!!




Kemelut air di Selangor kini semakin meruncing. Menjelang 2014, menurut pakar, Lembah Klang akan menghadapi krisis air yang semakin teruk berikutan kuantiti air di negeri Selangor sekarang ini semakin kritikal.

Komitmen kerajaan Pusat adalah jelas untuk meneruskan rancangan seperti Projek Loji Rawatan Air Langat 2 (Langat 2) bagi mengatasi krisis bekalan air di Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Pun begitu mengambil kira kepentingan rakyat, kerajaan Pusat tidak boleh menunggu persetujuan daripada kerajaan PKR Selangor yang berkeras menentang pelaksanaan projek tersebut.

Ini kerana, laporan daripada pakar-pakar menjangkakan bekalan air di ketiga-tiga kawasan terbabit akan meruncing menjelang 2015 atau 2016 sehingga boleh mencetuskan keadaan darurat sekiranya loji tersebut tidak dibina segera.



Sementara itu tinjauan Mynewshub.my ke Empangan Sungai Selangor petang tadi menunjukkan kuantiti air di empangan dekat Jalan Kuala Kubu Bharu itu sudah pun semakin menyusut.

Malah, takungan air mentah di empangan yang berukuran lebih kurang 600 hektar itu juga dikatakan hampir 40 peratus susut dari paras takungan yang sepatutnya iaitu kira-kira 235 juta meter padu.

Salah satu sungai iaitu Sungai Liut yang menjadi sumber kepada takungan air di empangan itu juga semakin kering untuk menyalurkan air ke dalam empangan tersebut.Baca seterusnya

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

REJIMEN PEJUANG MAYA DIRAJA

Popular Posts

Followers

Blog Archive