Thursday 16 August 2012

PANASS !!! KERAJAAN PAS NEGERI KEDAH ARAH WAT SIAM BAYAR WANG ?!!


Boon Som menunjukkan salinan surat jemputan untuk menghadiri perjumpaan di Wat Siam Kampung Kura, Sik
Selepas menghempas pulas Kerajaan Pas Kedah mengutip dana PRU13 semasa siri jelajah himpunan katak hijau baru baru ini , kini Wat Siam di Kedah jadi mangsa terbaru apabila Kerajaan Pas Kedah mengenakan bayaran bagi khidmat kerja kerja mengukur tanah wat dan kubur siam sedangkan pejabat tanah boleh lakukan semua itu dengan percuma..Yang tak masuk akalnya Kerajaan Pas Kedah lantik pulak syarikat swasta untuk kerja kerja itu..

Perlukah Kerajaan Negeri menggunakan khidmat juruukur swasta untuk kerja-kerja mengukur tanah wat dan kubur Siam sedangkan ia boleh dilakukan secara percuma oleh kakitangan pejabat tadbir tanah daerah di seluruh negeri.??


Ahli Dewan Negara mewakili Masyarakat Siam, Senator Datuk Boon Som Inong mendakwa, setiap Wat Siam di Kedah dikehendaki membayar RM2,600 sebagai bayaran kerja mengukur yang diserahkan kepada juruukur yang dilantik Kerajaan Negeri iaitu Syarikat Restu Ukur Consultants. 
Beliau berkata setakat ini, 11 daripada 45 wat sudah membuat bayaran 50 peratus atau RM1,300 untuk membolehkan mereka mendapat surat keterangan.

Menurutnya, semua wat Siam terbabit dikehendaki menghantar wakil untuk menghadiri perjumpaan yang berlangsung di Wat Siam Kampung Kura, Sik pada 28 Julai lalu. Mereka dikehendaki membayar deposit 50 peratus ketika mengisi borang persetujuan bagi membolehkan kerja mengukur itu dilakukan. 
“Saya bimbang jika ada niat dan tujuan lain apabila keputusan dibuat untuk mengenakan caj sebanyak RM2,600 dari wat Siam. Walaupun nilai itu dilihat tidaklah besar, jika diambil kira semua 45 buah wat, ia berjumlah RM117,000. 
“Saya difahamkan setakat ini 11 wat sudah membayar deposit RM1,300 (RM14,300) manakala 34 wat yang lain tidak berbuat demikian kerana ragu-ragu dengan tindakan itu. Mereka mengadu perkara ini kepada saya,” katanya kepada Sinar Harian semalam. 
Boon Som berkata, jika kutipan itu akan digunakan untuk membiayai kerja mengukur yang dibuat oleh juruukur swasta, sebenarnya Kerajaan Negeri boleh mendapatkan perkhidmatan untuk melakukan kerja-kerja itu secara percuma daripada juruukur pejabat tadbir tanah daerah.
Malah juruukur swasta yang dilantik pun akhirnya perlu ke pejabat tadbir tanah daerah untuk mendapatkan pengesahan bagi kerja yang dilakukan. 
“Tindakan Kerajaan Negeri ini menimbulkan tanda tanya dalam kalangan masyarakat Siam mengenai keputusan mesyuarat Jawatankuasa Hal Ehwal Masyarakat Siam pada 12 Julai lalu untuk mengeluarkan surat keterangan kepada 45 wat Siam di Kedah. 
“Perkara itu dinyatakan dalam surat bertarikh 19 Julai 2012 yang dihantar kepada semua Ketua Sami wat di daerah Kubang Pasu, Padang Terap, Pendang, Baling dan Sik oleh Edin Chok a/l Edin Proot yang dilantik sebagai penyelaras,” katanya. 
Menurutnya, surat itu juga tidak memberi jaminan bilakah proses pengeluaran surat keterangan yang dijanjikan itu akan siap 
“Sebenarnya kuasa untuk mewartakan sesuatu tanah untuk kegunaan awam adalah bawah bidang kuasa Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) dan Pesuruhjaya Tanah Persekutuan. 
“Saya difahamkan SUK tidak pernah dirujuk berhubung dengan kerja-kerja untuk mengukur serta mengeluarkan surat keterangan seperti yang dinyatakan dalam surat itu,” katanya...SINAR

MTK
SAPA LA YANG JADI KONTRAKTOR TU NOO, KRONI PUAK PAS LAGI LA NI..

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

REJIMEN PEJUANG MAYA DIRAJA

Popular Posts

Followers

Blog Archive