Monday 13 August 2012

UMNO KEDAH PERTINGKATKAN BANTUAN SEPANJANG BULAN RAMADHAN




Pergerakan Umno Kedah sentiasa melipat gandakan bantuan kepada golongan memerlukan, terutama sepanjang Ramadan dengan menyumbangkan pelbagai barangan keperluan kepada rakyat di negeri ini.

Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah berkata walaupun tidak memerintah negeri ini, Umno tidak pernah melupakan kebajikan orang ramai kerana menyedari tanggungjawab itu perlu diteruskan setiap masa.

"Setiap tahun bilangan yang menerima bantuan sentiasa bertambah, pada tahun ini di setiap kawasan Parlimen, Umno Bahagian secara purata memberi bantuan kepada 5,000 keluarga," katanya dalam satu kenyataan media di sini, hari ini.

Beliau berkata keseluruhannya bagi 15 kawasan Parlimen, bantuan diberikan kepada kira-kira 75,000 keluarga yang terdiri daripada orang kelainan upaya (OKU), ibu tunggal, golongan miskin dan mualaf.



Ahmad Bashah berkata di kawasan Parlimen Padang Terap sahaja hampir 6,000 orang menerima bantuan manakala di Baling, pada Khamis lepas seramai 2,000 mendapat sumbangan yang disampaikan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

"Umno adalah parti yang sentiasa membela nasib rakyat, tidak seperti pembangkang yang memberi sedikit bantuan kepada orang mereka sahaja tetapi heboh canang merata seolah mereka telah menjaga kebajikan rakyat," katanya. - Bernama

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

REJIMEN PEJUANG MAYA DIRAJA

Popular Posts

Followers

Blog Archive