Saturday 1 December 2012

#PAU2012 : AKHBAR PEMBANGKANG BAKAL DI SAMAN FELDA !!




Kumpulan Felda serta Felda Global Ventures Holdings (FGV) akan mengambil tindakan undang-undang ke atas akhbar pembangkang, Suara Keadilan dan Harakah kerana memfitnah Felda mempunyai hubungan urus niaga dengan Israel.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan berkata, tindakan tersebut ekoran laporan berita muka hadapan Suara Keadilan bertajuk Najib Mesra Israel pada 27 November 2012 dan laporan Harakah bertajuk Minyak Sawit Jual ke Israel bagi edisi 26 hingga 29 November 2012.

Beliau memberitahu, kedua-dua akhbar itu telah memfitnah Felda apabila mendakwa syarikat Bunge Agribusiness Singapore Private Limited yang mempunyai urus niaga dengan Felda adalah sebuah syarikat Israel.



"Bunge Agribusiness Singapore Private Limited bukannya sebuah syarikat Israel, ia adalah anak syarikat Bunge Limited, sebuah syarikat senaraian awam di Amerika Syarikat iaitu negara yang mana Malaysia sememangnya mempunyai hubungan diplomatik dan perdagangan," katanya pada sidang akhbar di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.

Laporan dalam lidah rasmi Parti Keadilan Rakyat (PKR) serta akhbar milik Pas itu memaparkan dakwaan Presiden Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak), Mazlan Aliman bahawa Felda menjual minyak sawit kepada sebuah syarikat Israel.

Menurut Ahmad, ini bukan kali pertama Felda difitnah sedemikian rupa kerana pada bulan Mac lalu, syarikat usahasama, Felda-Iffco Sdn. Bhd. telah difitnah menghantar minyak sawit ke Israel sedangkan produk yang dilabuhkan di negara itu adalah untuk dipasarkan kepada rakyat Palestin.

Jelasnya, perbincangan dengan pengurusan tertinggi Kumpulan Felda serta peguam syarikat telah diadakan agar tindakan saman dapat diambil terhadap fitnah terbaharu daripada pembangkang itu.

Beliau memberitahu, fitnah pembangkang itu adalah antara punca mengakibatkan saham FGV tidak menentu selain daripada faktor pasaran minyak sawit dunia.




Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Politik/20121201/po_09/Saman-akhbar-pembangkang#ixzz2DlfKh4Ci
© Utusan Melayu (M) Bhd

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

REJIMEN PEJUANG MAYA DIRAJA

Popular Posts

Followers

Blog Archive