Tuesday 27 November 2012

HOI PAS KEDAH !! NAK TANAM CERMAI KA NAK SAPU BALAK ??




Baru-baru ini saya terbaca kenyataan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Razak di sebuah akhbar yang menjelaskan tentang projek “balun balak Kedah” yang sedang digiat dijalankan sebelum PRU ke-13 berlangsung.

Dalam kenyataannya itu, dia begitu bongkak dan angkuh apabila memberitahu bahawa dia tidak peduli sangat tentang kelulusan EIA yang diperlukan bagi sebarang aktiviti balak yang melibat kawasan seluas 15,000 hektar di atas nama “Ladang Sejahtera”.

Lagipun katanya, projek “balun balak sampai licin” itu sudah pun dilaksanakan secara besar-besaran di merata-rata hutan simpan kekal di Kedah, termasuk di kawasan Carok Batang Padi yang terletak kira-kira 200 meter dari kawasan tadahan air utama negeri, empangan Pedu.

Lebih menarik, Azizan menjelaskan bahawa dia sebenarnya bercadang untuk menanam pokok buah-buahan atau dalam ertikata lain, Menteri Besar itu mahu menjadikan kawasan seluas 500 hektar di Pedu itu sebagai dusun buah-buahan.

Bayangkan dusun buah-buahan seluas 500 hektar di Pedu. Mungkin dia mahu menjadikan Kedah sebagai sebuah negeri dusun buah-buahan barangkali. Baiklah, saya setuju dengan tujuan itu.



Bagaimanapun, saya yakin bahawa tujuan utama Azizan bukanlah “dusun buah-buahan” seperti yang dia katakan, tetapi sebaliknya dia mahu mengebas seberapa banyak balak bernilai tinggi yang berada di kawasan hutan simpan kekal tersebut!

Untuk makluman, saya mampu membuktikan bahawa Jabatan Hutan Negeri telah mengazetkan kawasan tersebut sebagai “Kawasan Hutan Pemeliharaan Bernilai Tinggi” di mana kawasan tersebut dilarang sama sekali terlibat dengan aktiviti penebangan pokok, walaupun sebatang.



Pernah dulu bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Syed Razak bercadang untuk menjalankan aktiviti pembalakan terancang di mana kaedah pembalakan menggunakan helikopter digunakan untuk mengangkut balak dan penebangan balak hanya dihadkan kepada 3 batang balak saja bagi satu kompatmen.

Bagaimanapun, setelah berbincang dan bermesyuarat dengan pihak-pihak terlibat dengan prosedur pembalakan seperti Jabatan Hutan Negeri, Jabatan Alam Sekitar dan sebagainya, cadangan tersebut dibatalkan disebabkan oleh aktiviti tersebut mampu menjejaskan alam sekitar dan ekologi.

Sejak itu, tiada sebarang cubaan dari mana-mana pihak untuk menjalankan aktiviti balak di kawasan tersebut sehinggalah PAS berkuasa di Kedah.

Mengenepikan nasihat, pandangan dan kajian sebelum ini, PAS Kedah begitu rakus menebang balak di kawasan tadahan air itu sehingga kawasan tersebut menjadi “padang jarak padang tekukur”. Habis gondol ditebang PAS Kedah..!!!

Saya tahu dan sedar bahawa PAS Kedah tak tahu dan memang tidak pandai langsung menjana wang untuk Kerajaan Negeri Kedah. Namun ia bukanlah alasan bagi Azizan dan Exco-Exconya merompak sesuatu yang tidak wajar dirompaknya!

Kalau nak “rompak” balak di Kedah, rasanya Azizan boleh terbang dengan helikopter mengelilingi Kedah dan lihat sendiri kawasan yang wajar ditebang untuk mendapatkan balak. Lepas itu, mohonlah kelulusan EIA dari Jabatan Alam Sekitar atas nasihat Jabatan Hutan.

Selepas itu, membalaklah mengikut jadual dan secara berperingkat sebagaimana yang dijalankan di negeri-negeri BN yang lain. Kalau nak membalak sekalipun, tinggalkanlah yang pokok yang kecil-kecil tu untuk anak cucu pada masa akan datang…

Inilah jadinya kalau biarkan orang yang tak tahu mentadbir mendapat kuasa. Boleh lingkup satu negeri jadinya. Kalau sepenggal saja dia boleh jual semua hutan-hutan simpan kekal di Kedah, saya yakin jika dibiarkan mereka berkuasa sepenggal lagi, seluruh sawah padi pula akan menjadi mangsa!

SUMBER MYKMU

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

REJIMEN PEJUANG MAYA DIRAJA

Popular Posts

Followers

Blog Archive