Tuesday 25 December 2012

KENYATAAN KARPAL MENGUATKAN LAGI DAKWAAN BAHAWA DAP TIDAK AKAN TUNDUK TERHADAP RAJA RAJA MELAYU !!


Memang benarlah apa yang aku dengar sebelum ini bahawa Dap tidak akan sesekali tunduk terhadap Raja Raja Melayu..Terima kasih Tunku Aziz kerana membongkar hal ini dan terima kasih Karpal kerana membuktikan lagi pekara ini..

Anugerah Datuk yang dikurniakan oleh Sultan kepada 2 ekor pemimpin Dap Perak sekarang ini telah disahkan oleh Karpal bahawa telah melanggar disiplin dan prinsip parti kerana sejak dari tahun 90an lagi mana mana Adun dan Ahli Parlimen Dap tidak dibenarkan sama sekali menerima anugerah dari pemerintah negeri..

Siapa pemerintah negeri ? iaitu RAJA RAJA MELAYU..Kenapa Dap tak boleh terima anugerah dari RAJA RAJA MELAYU ?? Kerana Dap sesekali tidak akan tunduk terhadap Melayu Islam..

Itulah hakikatnya.. Karpal tidak boleh berbohong dalam hal ini kerana ada kebenaran dalam kenyataannya yang aku petik dalam akhbar Sinar dan Bernama..



Dua pemimpin DAP bakal dikenakan tindakan disiplin apabila didakwa melanggar prinsip parti dengan bersetuju menerima anugerah 'Datuk' ketika tempoh perkhidmatan dalam parti.
Pemimpin tersebut adalah Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham, dan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor, Datuk Teng Chang Khim.

Pengerusi DAP Karpal Singh berkata, mengikut prinsip yang dipersetujui oleh ahli-ahli parti sejak tahun 90-an, ahli-ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan ahli parlimen tidak dibenarkan menerima sebarang anugerah 'Datuk" daripada mana-mana pemerintah negeri.

"Mulai sekarang, parti itu akan mengambil tindakan terhadap ahli-ahli yang tidak mengikut peraturan ini," katanya, sambil menambah bahawa bentuk hukuman akan diputuskan oleh lembaga disiplin parti itu selepas suatu pendengaran.

Ngeh telah dianugerahkan gelaran pada tahun 2008 manakala Teng menerima gelaran Datuk dari Sultan Selangor pada tahun 2010...SINAR

GEORGETOWN - Pengerusi DAP kebangsaan Karpal Singh hari ini menggesa bekas naib pengerusi parti itu, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim supaya menarik balik secara terbuka kenyataannya dalam artikel berita bertajuk 'DAP's triumph of chauvinistic will'.

Beliau mendakwa dalam artikel itu yang disiarkan sebuah akhbar berbahasa Inggeris semalam, Tunku Aziz menyebut bahawa beliau (Karpal Singh) mengeluarkan apa yang boleh dianggap sebagai perintah yang menghalang anggota DAP daripada menerima darjah kebesaran negeri daripada Raja-raja Melayu.

"Kenyataan Tunku Aziz itu sememangnya separuh benar dan dilakukan semata-mata dengan tujuan dan matlamat untuk memburukkan saya pada pandangan orang Melayu di negara ini," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Karpal Singh berkata beliau tidak pernah mengungkapkan perkataan Raja-raja Melayu, sebaliknya hanya menyatakan bahawa anggota DAP, iaitu Anggota Dewan Undangan Negeri dan Parlimen, tidak wajar menerima anugerah yang membawa gelaran 'Datuk' dalam tempoh memegang jawatan bagi memastikan ketelusan...Bernama

Pekara ini juga menguatkan lagi dakwaan bahawa agenda merepublikkan Malaysia sepertimana perjumpaan PKR dan Dap sebelum ini memang benar..Sebab itu mereka tidak akan tunduk terhadap Raja Raja Melayu..

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

REJIMEN PEJUANG MAYA DIRAJA

Popular Posts

Followers

Blog Archive