Monday 30 July 2012

ANTARA EPISOD NFC, TALAM DAN MB SELANGOR


SAYA amat tertarik mengikuti episod pembelian tanah oleh Kerajaan Selangor dari Talam Corporation (Talam), yang terlebih bayar sebagaimana didakwa sebanyak RM100 juta dan episod yang didakwa oleh pihak pembangkang ke atas National Feedlock Corporation (NFC).

Penyelewengan dan pembaziran wang rakyat menjadi teras kepada kedua-dua isu ini dan sementara kes NFC telah diambil tindakan secara pantas oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tetapi berlaku sebaliknya kepada Kerajaan Selangor dan Talam.

Pendedahan demi pendedahan dibuat oleh Datuk Chua Tee Young, selaku Ketua Biro Muda Profesional MCA. Secara kasarnya pendedahan tersebut melibatkan bukan saja pembelian tanah bawah air tapi melibatkan sebahagian tanah hutan simpan.


Pengakuan Ahli Parlimen DAP, Tony Pua tentang pembelian tersebut dan tindakan untuk tidak menjawab persoalan yang dikemukakan oleh MB Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim adalah satu pengakuan yang penyelewengan wang rakyat telah berlaku.

Persoalannya, kenapa pihak SPRM dan pihak pembangkang yang lain juga berdiam diri dan tidak bising seperti mana pertuduhan yang dibuat pihak pembangkang terhadap NFC.

Kelihatan seperti pihak SPRM hanya bertindak pantas bila sesuatu pertuduhan dibuat terhadap pihak yang melibatkan Kerajaan Pusat dan bertindak tunggu dan lihat bila melibatkan pihak pembangkang.

Saya berpendapat, pihak SPRM yang pernah menyebut pihaknya boleh bertindak walaupun berdasarkan laporan akhbar, masih mengambil langkah tunggu dan lihat dan tidak berani untuk memulakan satu tindakan permulaan bagi menyiasat dakwaan Datuk Chua Tee Yong itu.

Harap jangan ada double standard dalam kita menjalankan pencegahan rasuah kerana rasuah boleh menghancurkan negara. Sama-sama kita tunggu dan lihat sejauh mana kejantanan SPRM.

Mencari Keadilan.

MEZA
Sg. Buloh

1 comment:

Anonymous said...

Dah jadi piawai, semua jabatan kerajaan hanya bertindak bila ada laporan !!!

Mereka ni semua tak baca sebarang akhbar malah hanya duduk rumah dan pergi kerja je. Dalam perjalan ketempat kerja pun mereka TIDAK akan melihat apa-apa.

Hanya bertindak bila ada laporan !!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

REJIMEN PEJUANG MAYA DIRAJA

Popular Posts

Followers

Blog Archive