Wednesday 27 June 2012

BAKAL MENTERI HANTU HANTU MALAYSIA CUBA JADI BATU API ?



“Bakal” Menteri Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Zuraida Kamaruddin, hari ini begitu marah pada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kerana tidak menyerahkan kementerian itu kepada wanita UMNO setelah dikosongkan oleh Datuk Seri Shahrizat Jalil tempohari.

Zuraida yang terkenal dengan gelaran ‘mak lampir’ itu menyelar Najib dan cuba mencetus ketegangan kononnya Presiden UMNO itu menganggap Wanita UMNO sebagai tidak relevan kerana tidak dilantik di kementerian itu.

Seterusnya, Zuraida turut melepaskan kemarahannya kepada Ahli Parlimen Tenggara, Datuk Halimah Sadique, yang memuji langkah Perdana Menteri mengambil alih kementerian tersebut buat sementara waktu.

Saya ketawa panjang melihat telatah “mak lampir” dari Wanita PKR ini. Politiknya kebudak-budakan dan melambangkan Wanita PKR diketuai oleh seorang yang dungu, tidak relevan, tidak matang dan mentah di dalam pentadbiran negara.

Paling sadis, meskipun Kementerian Wanita, Keluarga dan Masyarakat itu dibawah seorang lelaki, Zuraida patut malu apabila Najib membuktikan bahawa pencapaian golongan wanita di dalam sektor awam telah meningkat begitu ketara iaitu 31.7 peratus pada tahun 2012 berbanding 18.8 peratus pada tahun 2004.

Ini membuktikan bahawa wanita semakin maju dan semakin cemerlang di bawah pentadbiran Barisan Nasional.

Di mana pula tahap pencapaian Wanita PKR di dalam pentadbiran kerajaan negeri Pakatan Haram? Kalau setakat berbangga dengan gambar-gambar separa bogel Elizabeth Wong yang kemudiaannya menyaksikan “muslimut” PAS menangis di belakangnya, tak payah bersuaralah. Memalukan saja…



Apa masalahnya kalau Najib mengambil alih kementerian itu buat sementara waktu? Cuba sandarkan nas dari Al-Quran, Hadis, Qias atau Ijma’ yang melarang seorang yang bergender lelaki untuk mengetuai sebuah kementerian yang membabitkan hal ehwal wanita. Ada?

Seperkara lagi, di zaman Rasulullah SAW dan para Khulafa Ar-Rasyidin dulu, adakah wujud seorang wazir khas dari golongan wanita yang dipertanggungjawab untuk menjaga hal ehwal wanita? Setahu saya tidak ada…

Maka jelaslah tindakan Najib itu tidak bertentangan sama sekali dengan hukum syarak Islam, bukan?

Jadi, apa yang “mak lampir” sebok? Atau “Mak Lampir” takut kalau-kalau tidak dilantik sebagai Menteri Wanita sekiranya Pakatan Haram berjaya menjajah Putrajaya nanti? Masalahnya, layakkah “Mak Lampir” jadi menteri? Rasanya Zuraida jadi ketua darjah 5 Anggur pun belum tentu layak!

Saya faham bahawa Zuraida cuba menjadi “batu api” di antara Wanita UMNO dan Perdana Menteri. Zuraida kononnya cuba mewujudkan perasaan marah Wanita UMNO terhadap Najib kerana tidak melantik salah seorang dari mereka sebagai Menteri di kementerian itu.

Jangan haraplah Wanita UMNO akan “termakan” dengan strategi “mak lampir” itu. Wanita UMNO terkenal dengan kesetiaan dan sepakat memberikan sokonga penuh kepada Presiden parti dalam apa jua keadaan pun.

Lagi pun, saya percaya bahawa Wanita UMNO telah berbincang dengan Najib mengenai perkara ini dan apalah yang boleh dilakukan oleh seorang Menteri sekiranya diberi tanggunjawab dalam tempoh beberapa bulan saja?

Tunggulah selepas PRU ke-13 nanti dan saya percaya Najib akan membariskan kabinet yang lebih ampuh serta mampu bekerja keras dalam memberikan perkhidmatan yang terbaik buat rakyat di negara ini.

Gelihati juga melihat perangai kebudak-budakan “mak lampir”. Wanita UMNO relax dan cool saja, tapi dia pula yang lebih-lebih. Kemaruk sangat nak jadi menteri? Kalau nak jadi menteri, rasanya boleh minta Anwar rekomen jadi menteri di Israel. Khabarnya ada kosong, kalau “mak lampir” apply boleh dapat kot..?

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

REJIMEN PEJUANG MAYA DIRAJA

Popular Posts

Followers

Blog Archive