Sunday 25 December 2011

PANAS !!! KEDAH TERUS MEMBANGUN BERSAMA BARISAN NASIONAL



Walaupun Barisan Nasional bukan lagi kerajaan yang memerintah,tetapi projek projek pembangunan terus dilakukan demi memastikan rakyat terus merasai nikmatnya.

petikan utusan

Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (Keda) diperuntukan sebanyak RM29 juta untuk melaksanakan lapan projek teras agensi itu di negeri ini tahun depan.

Pengerusi Keda, Datuk Paduka Ahmad Bashah Md Hanipah berkata, jumlah itu meningkat berbanding peruntukan sebanyak RM20 juta sahaja tahun ini.

Pertambahan peruntukan daripada kerajaan persekutuan ini merupakan pengiktirafan terhadap Keda kerana keupayaannya melaksanakan projek yang ditetapkan bagi meningkatkan tahap kehidupan penduduk miskin di Kedah, katanya.

Beliau berkata, lapan program teras itu ialah menyusun semula Desa Keda, mempertingkatkan latihan kepada anak muda, pembangunan industri dan keusahawanan, mobilasi sosial, pemulihan tanah terbiar, projek peningkatan pendapatan, penyelenggaraan Desa Keda dan membangun semula resort milik Keda.

"Saya mengucapkan terima kasih kepada kerajaan pusat kerana menambah peruntukan untuk tahun depan”, katanya kepada pemberita selepas menyampaikan hadiah pada Tilawah al-Quran Antara Desa Keda kali ke-25 di Pendang Lake Resort, di sini, malam semalam. — BERNAMA


MTK
NASIB BAIK BAGI DEKAT KEDA,KALO BAGI KAT KERAJAAN PAS HABES BAYAQ GAJI DENGAN PRINT BANNER PASAL DEPA JA

1 comment:

Anonymous said...

Tata malu punya olang..litu luit aa patut kasi sama itu kjaan negeli..depa menang pilihanrya maa..apa pasi itu luit bg sama olang kalah..tala betui ini macam..byk syok lo..kalah pun bleh pgng luit juta2..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

REJIMEN PEJUANG MAYA DIRAJA

Popular Posts

Followers

Blog Archive