Tuesday 15 July 2014

GAMBAR GAMBAR MENARIK YAB DS @MukhrizMahathir LAWAT HOSPITAL SULTANAH BAHIYAH


















Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini, yang merupakan hospital kerajaan utama di Kedah, kini mencapai tahap kapasiti maksimum dan perlu diperluaskan bagi memberikan perkhidmatan lebih baik kepada rakyat.

Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir berkata walaupun berpuas hati dengan tahap perkhidmatan HSB, namun beliau melihat adanya keperluan untuk menambah kemudahan baharu terutama bangunan.

"Mungkin sudah tiba masanya hospital ini diperluaskan lagi dengan tambahan bangunan baharu. (Kerajaan negeri) boleh berbincang dengan pihak hospital tetapi tentu ia memerlukan persetujuan kerajaan Persekutuan melalui Kementerian Kesihatan.

"Keperluan rakyat Kedah menjadi keutamaan kerajaan negeri. Soal kesihatan suatu yang kita amat utamakan...kita akan bincang dengan pihak berwajib," katanya ketika ditemui semasa melawat HSB Isnin.

Semasa lawatannya ke hospital itu, Mukhriz dan isteri Tok Puan Norzieta Zakaria turut menyampaikan sumbangan Ramadan kepada pesakit-pesakit HSB.

Mukhriz berkata HSB telah menjalankan banyak usaha untuk meningkatkan perkhidmatan kepada rakyat Kedah dan kerajaan negeri akan cuba memberi bantuan kepada hospital itu.

"Setakat ini saya lihat dari segi dana...ia suatu yang perlu kita bincangkan dengan pihak hospital.

"Walaupun banyak dana adalah daripada Kementerian Kesihatan, mungkin ada bantuan kerajaan yang kita akan pertimbangkan," katanya.

1 comment:

Anakedah said...

Alhamdulillah..program bagus.
Dato Mukriz ni orgnya baik dan bagus. Semoga Allah beri hidayah pd Isteri Dato untuk menutup aurat dengan sempurna. Sayanglah jika itu disempurnakan maka lengkaplah Dato sebagai idola rakyat Kedah.

Insya Allah. Ameen!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

REJIMEN PEJUANG MAYA DIRAJA

Popular Posts

Followers

Blog Archive