Tuesday 15 July 2014

DUNIA ARAB PERLU BANTU PENDUDUK GAZA - TUN DR MAHATHIR




Dunia Arab sepatutnya menolong penduduk Gaza di Palestin yang diserang rejim Zionis Israel dan bukannya mengambil sikap berdiam diri, kata bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Beliau berkata negara-negara Arab yang majoriti rakyatnya beragama Islam perlu menghulurkan bantuan kepada rakan mereka yang kesusahan termasuk dengan menghantar bekalan makanan dan ubat.

“Amat sedih apabila bekalan makanan dan ubat tidak dapat masuk ke Gaza, disekat oleh negara-negara Arab yang bersempadan dengan Gaza,” katanya ketika ditemui semasa mengunjungi Kompleks Pekan Rabu di sini, hari ini.

Dr Mahathir berkata sikap masyarakat Islam yang bermusuhan sesama sendiri juga menguntungkan musuh Islam yang mengambil kesempatan daripada kelemahan itu.

Selain itu, katanya Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) tidak mempunyai fungsi untuk membantu penduduk Gaza yang diserang rejim Zionis Israel sejak sekian lama.

1 comment:

Anonymous said...

Negara-negara Arab perlu membangunkan persenjataan menggunakan remote control ataupun teknologi Drone. Bayangkan sekiranya setiap orang arab yang tinggal berdekatan Israel mempunyai satu drone ringkas berkelajuan tinggi yang boleh membawa bom dan boleh dikontrol secara remote berpusing-pusing secara rawak untuk mengelak Iron Dome Israel dan menghentam Tel Aviv. Kalau beratus depa mungkin boleh tembak, tapi kalau berjuta bagaimana? Orang2 Arab kan kaya raya dan pandai (ramai orang2 Arab berkerja dengan NASA). So, jadi remote control drone ini sebagai hobi. Kalau dulu rasullah (s.a.w) pernah berkata "train you children in swimming and archery". Tapi sekarang kita boleh katakan "train you children in swimming and remote control drone".

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

REJIMEN PEJUANG MAYA DIRAJA

Popular Posts

Followers

Blog Archive