Tuesday 10 June 2014

121 JEMAAH UMRAH TERKANDAS DISELAMATKAN




Sebanyak 121 jemaah umrah yang terkandas di Madinah sejak lapan hari lepas selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dengan menaiki pesawat Flynas, petang Isnin.

Tinjauan Bernama mendapati kesemua jemaah umrah berkenaan yang tiba pada 6.10 petang, gembira dan lega kerana selamat tiba di tanah air.

Yanti Saliza Ibrahim, 34, pegawai di sebuah bank berkata beliau pergi menunaikan umrah bersama empat anggota keluarga termasuk ibu mertuanya sejak 21 Mei lepas.



"Saya mengikuti pakej umrah ini melalui Koperasi Proton, syarikat adik saya bekerja..saya difahamkan, agensi umrah ini telah berurusan dengan koperasi sejak tahun lepas.

"Keluarga saya telah mengikuti kursus umrah dan kami diberitahu ada individu tertentu yang akan taja perbelanjaan selebihnya," katanya kepada pemberita ketika ditemui di ruang menunggu KLIA di sini, pada Isnin.

Bagi Seripah Tahar, 57, yang berasal dari Nibong Tebal, Pulau Pinang berkata beliau tidak berpuas hati dengan pengurusan agensi umrah itu.

Seripah mendakwa sejak hari pertama dia menunaikan umrah pada 21 Mei lepas, tiada seorang pun mutawif yang kelihatan daripada agensi umrah terbabit yang menyertai rombongan mereka.

Katanya beliau membawa kaum keluarganya termasuk anak dan menantunya mengikuti umrah itu kerana harganya yang murah.

Sementara itu, Mohd Nor Akmal Omar, 50, berkata beliau berterima kasih dengan Biro Kebajikan Umno kerana menguruskan kepulangan beliau dan rombongan umrahnya yang terkandas sejak 2 Jun lepas.

"Kami rasa terhutang budi kepada Ustaz Muiz daripada Kedutaan Malaysia di Makkah yang banyak membantu menguruskan keperluan kami sejak kami terkandas serta memberitahu perkembangan semasa mengenai perkara ini," katanya yang bekerja sebagai penyelia Proton.

Pesara kerajaan, Abdul Ramis Abdul Rahim, 60, berasal dari Bayan Lepas, Pulau Pinang pula berkata biarlah pihak berwajib sahaja yang mengambil tindakan ke atas agensi umrah berkenaan.

"Bukan urusan kami untuk ambil tindakan, biarlah Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan sahaja yang uruskan," katanya yang mengerjakan umrah bersama empat anggota keluarganya.

1 comment:

Anonymous said...

Tak bolehkah TABUNG HAJI sendiri menubuhkan syarikat ISLAM TULEN, utk pakej UMRAH?! Dan menubuhkan sy. penerbangan ISLAM TULEN utk. menawarkan bukan shj harga murah tetapi juga penerbangan/kediaman yg. selesa dan khas utk. umat Islam yg. juga mahu mengerjakan UMRAH?

Aku pernah naik sy. kapalterbang Arab yg. disyaki sudah dikuasai si Barat-ZIONIS melalui "One World Alliance", berlepas dr. Malaysia ('Alliance' ini malangnya juga disertai MAS - dan paramugari sy. Arab ni, walau NEGARA ISLAM; paramugari-paramugaranya kebanyakan dr. Barat dan mereka juga berpakaian Barat; dan separuhnya bukan main sombong!) - dan alangkah terkejutnya aku melihat rombongan Umrah, yg. dr. Tanah Melayu ni diberi layanan buruk - cthnya paramugari seolah MENJERIT pd. seorg. ahli rombongan ini yg. tak tahu buka pintu tandas dan memperli seorang lagi ahli rombongan ini yg. mahukan susu unta - dahlah tu, lepas 45min, baru bagi tahu tak dak pun susu tu! Aku punyalah geram lansung aku komplen kat HQ sy. penerbangan ni dan Konsulatnya ! Kat Airportnya pun begitu - penuh pekerja asing Bukan Islam - kalau yg. Islam, aku nampak kebanyakan hanya sbg. KULI pencuci!

Makcik Sambal Belacan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

REJIMEN PEJUANG MAYA DIRAJA

Popular Posts

Followers

Blog Archive