Monday 9 June 2014

CADBURY !! BRUNEI KATA HALAL !! BILA LAGI PPIM & JMM NAK DEMO DEPAN ISTANA NURUL IMAN ??




Tidak berniat untuk mengeruhkan lagi keadaan, aku sarankan kepada Persatuan Penguna Islam Malaysia dan Jaringan Melayu Malaysia agar membuat satu laporan polis, bukan kepada polis Malaysia tetapi laporan kepada Interpol kerana tindakkan Kementerian Hal Ehwal Ugama Islam Negara Brunei Darussalam mengeluarkan laporan bahawa Cadbury Bebas dari DNA babi..

Sebelum ini PPIM dan JMM menyalahkan pihak kerajaan berhubung kenyataan mengelirukan pengguna umat Islam di negara ini yang dibuat oleh KKM dan Jakim..

Sepatutnya NGO NGO ini perlu sabar dan menanti keputusan yang dibuat oleh kedua dua belah pihak.. Bukannya semberono menunjuk hero dalam kes ini..

Jika Negara jiran kita pun keluar kenyataan bahawa tiada kandungan DNA babi dalam coklat Cadbury, adakah Ngo ngo ini akan meminta maaf secara terbuka kepada Jakim ??

Berbalik kepada artikel sebelum ini, PPIM bertindak menyerang sahabat blogger Double Y kerana mendedahkan ada unsur2 POW antara NGO dan PPIM.. Sama ada betul atau tidak aku tak pasti, tapi PPIM hingga sekarang tidak menjawab soalan yang diutarakan oleh Double Y..

Sehingga jurucakap PPIM mengajak Double Y berjumpa di program yang dianjurkan oleh pihak lain, bukannya majlis anjuran PPIM sendiri.. Baca artikel sebelum ini di SINI




No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

REJIMEN PEJUANG MAYA DIRAJA

Popular Posts

Followers

Blog Archive