Wednesday 30 April 2014

AWASS !!! HATI HATI DENGAN PENIPUAN SCAM CALL



Pernahkah anda menerima panggilan daripada nombor nombor telefon berakhir dengan nombor 5000, 3200, 7600 atau nombor nombor cantik dihujungnya (RUJUK SINI) ??

Kalau anda menerima panggilan buat kali pertama dari nombor nombor berkenaan sila abaikan atau biarkan panggilan itu tidak dijawab.. Selepas itu anda buka google dan dail nombor berkenaan di laman google untuk membuat carian seperti ini..




Nombor telemarketer atau scam call ini boleh rujuk SINI .. Modus operandi mereka sama walaupun berlainan syarikat.. Mereka mencari mangsa mangsa yang mempunyai kad bank & kad kredit lebih lebih lagi selepas membuat transaksi atas talian.

Perkataan mula yang disebut oleh mereka ialah " Boleh saya bercakap dengan En bla bla bin bla bla " ??
" Nama saya Ahmad, Saya buat panggilan dari syarikat bla bla, tujuan saya membuat panggilan ini kerana nama En bla bla bin bla bla ditawarkan dalam pakej terbaru kami bla bla bla..

Sehinggalah pemegang kad terbabit termakn pujuk rayu yang aku gelarkan haiwan haiwan ini.. Sebenarnya mereka sudah ada detail maklumat peribadi kita.. Mereka hanya suruh kita ulang semula apa yang mereka minta kononnya untuk pengesahan..

Bila kita cakap " YA " saja, automatik wang kita dalam akaun akan dipotong serta merta oleh haiwan haiwan penipu ini..

Contohnya seperti dibawah.. Cukup licik haiwan haiwan ini menipu orang ramai.. So Aku minta hati hatilah bila terima panggilan dari nombor nombor ganjil seperti senarai yang aku bagi kat atas tu..Jangan jadi mangsa mereka seterusnya


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

REJIMEN PEJUANG MAYA DIRAJA

Popular Posts

Followers

Blog Archive