Sunday 9 February 2014

PANASSS !! KETUA CABANG PKR BALING KELUAR PARTI !!




Ketua PKR Cabang Baling, Telah mengumumkan keluar parti padang Sidang media yang di lakukan di kediamanya Taman Sri Puteri, Kuala Ketil Baling Kedah, Pada 09/2/2014 LIM CHONG ANN berbuat demikian kerana setelah sekian lama, dia tidak dapat menyembunyikan kekecewaannya. Menurutnya, PKR Pusat langsung tidak mengambil berat tentang nasib Cabang-Cabang di seluruh negara ketika Ketua Cabang masing-masing cuba menghidupkan parti.

Pimpinan Pusat hanya mengutamakan KRONI dansangat angkuh tanpa mengambil tanggungjawab terhadap kesungguhan Ketua-Ketua Cabang yang telah bersusah payah berhabis wang ringgit semasa PRU 13, tenaga serta mencari sokongan namun dipinggirkan malahan tiada peruntukan yang diberikan oleh PKR Pusat.



Lim Chong Ann juga turut mendehdahkan bahawa PKR mengamalkan kroni dalam Pembahagian anugerahan pingat kebesaran hanya diberikan kepada keluarga pucuk pemimpin tertinggi dan kroni-kroni yang tidak membantu kepada parti mahupun rakyat.

Pada Sidang akhbar tersebut Lim Chong Ann hanya keseorangan tanpa ditemani oleh mana ahli parti Cabang Baling. Beliau memaklumkan telah menyerahkan surat perletakkan jawatan sebagai Ketua PKR Cabang Baling dan keluar dari Parti berkuatkuasa pada 3/2/2014 dan turut menghantar pimpinan PKR Negeri Kedah pada 5/2/2014.-kamera Kupang

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

REJIMEN PEJUANG MAYA DIRAJA

Popular Posts

Followers

Blog Archive