Thursday 13 February 2014

AMACAM @MahfuzOmar ?? PEMUDA UMNO DAH SAHUT CABARAN PAS , HANGPA BILA LAGI?



Pagi tadi pada pukul 11.30 pagi..Pergerakan Pemuda UMNO Kedah yg diketuai oleh Dato Shaiful Hazizy serta barisan AJK Pergerakan Pemuda UMNO Kedah yg lain telah menyerahkan memorandum kepada SPRM di pejabat SPRM Kedah bagi mendesak SPRM mempercepatkan siasatan siasatan terhadap penyelewengan seperti yg terkandung di dalam Laporan Audit Negara 2011 yg menyatakan PMBKed telah mengalami kerugian rm13.49 juta apabila pegawai daripada agensi terbabit menamatkan pelaburan pada mac 2010..

Untuk makluman semua..pada 12 Oktober 2008..Kedah Corporation Berhad (KCB) anak syarikat milik penuh Perbadanan Menteri Besar Kedah (PMBKed) pada zaman pemerintahan Gerombolan Regim Pas Kedah telah menandatangani Perjanjian Penjualan Saham dgn MAS Incorporated (PNG) Ltd (MAS) bagi membeli 70 peratus saham dalam syarikat tersebut..



MAS merupakan syarikat yg didaftarkan di Papua New Guinea telah ditawarkan untuk membangunkan dua kawasan seluas 114,429 hektar di negara itu dan tanah2 itu merupakan milik syarikat Baina Agro Forest Limited dan Magarida Resources Development Ltd..

Jutaan ringgit digunakan untuk melobi projek berkenaan, manakala tuntutan perjalanan serta beberapa kos tak masuk akal juga direkodkan dalam audit berkenaan.



Sepatutnya Gerombolan Regim Pas Kedah yg dikepalai oleh arwah Tan Sri Azizan Razak merujuk terlebih dahulu kpd Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) sebelum mengambil keputusan utk melabur dalam bidang pembalakan di Papua New Guinea..menurut Laporan Audit Negara 2011,tiada satu pun kajian kebolehsaknaan yg dilakukan..malah ahli lembaga pengarah juga tidak diberi peluang utk membuat penilaian sama ada pelaburan itu patut diteruskan atau tidak..

Jadi..Pergerakan Pemuda UMNO Kedah yakin bahawa terdapat penyelewengan dalam transaksi tersebut..oleh itu Pergerakan Pemuda UMNO Kedah menggesa SPRM supaya mempercepatkan siasatan terhadap penyelewengan yg merugikan WANG RAKYAT ini serta dapat mengheret mamalia2 pemakan wang rakyat Kedah ini ke muka pengadilan..

Buat Mahfuz Omar..kami dah beli apa yg hg jual..so..ada jualan mega yg baru tak?-AUPN

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

REJIMEN PEJUANG MAYA DIRAJA

Popular Posts

Followers

Blog Archive