Thursday 20 February 2014

PANASS !!! PERSONALITI @MUKHRIZMAHATHIR SASARAN UTAMA PAS KEDAH !!



Jentera PAS dilihat lebih fokus kepada usaha menjatuhkan personaliti Menteri Besar Kedah, YAB Datuk seri Mukhriz Mahathir berbanding memperjuangkan masalah rakyat. Pas juga kelihatan gusar dengan gaya kepimpinan DS Mukhriz yang lebih mesra rakyat.

Cara DS Mukhriz yang lebih gemar turun berjumpa dengan rakyat tempatan bagi mendengar permasalahan mereka, berkampung bersama dan menjadi sebahagian dari masyarakat tempatan antara punca kenapa Pas menyerang peribadi beliau



Contoh serangan kepada DS Mukhriz

Pakatan parti pembangkang akan menggunakan pelbagai cara bagi memastikan kredibiliti Mukhriz menurun berikutan popularitinya semakin meningkat dalam kalangan rakyat tempatan.

PAS terlalu mengkhususkan usaha kepada menjatuhkan personaliti DS Mukhriz dengan menyebarkan gambar gambar YAB MB bersama isteri..

Jika perkara ini berterusan rakyat kedah khususnya pasti curiga terhadap keikhlasan mereka kerana isu kebajikan rakyat yang seharusnya menjadi keutamaan bukannya menyerang kredibiliti seseorang.

Bagi rakyat kedah pula, DS Mukhriz merupakan pemimpin generasi baru BN yang dilihat mampu memimpin Kedah untuk jangka masa melebihi satu penggal seandainya tiada usaha dilakukan untuk menjatuhkan beliau.

2 comments:

Anonymous said...

Bila kita jujur berkhidmat dan beramal,
lantak pi la apa depa nak kata.
Tuhan yg menilai, Tuhan yg membalas.

Anonymous said...

Suruh mukhriz jual jer kampus kuin kuala ketil tu. Biar kroni pas melompat sikit. Sampaikan tanah lot pun dah mula buka

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

REJIMEN PEJUANG MAYA DIRAJA

Popular Posts

Followers

Blog Archive