Friday 28 February 2014

DUNIA WAJAR IKTIRAF MALAYSIA SEBAGAI BUMI MELAYU -ISMA #TAMADUNMELAYUKEDAHTUA




Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) kini mahu pengiktirafan dunia bahawa Malaysia warisan dan hak orang-orang Melayu sejarah pendudukannya di negara ini.

NGO itu mahu pengiktirafan seperti benua China diiktiraf warisan Cina, India untuk orang India dan England untuk orang Inggeris.“Oleh itu, kita mahu orang Cina, India atau sesiapapun tidak lagi mempersoalkan kedudukan Melayu,” kata Naib Presiden II ISMA Abdul Rahman Mt Dali.



“Kita juga mahu seluruh dunia mengiktiraf bumi Malaysia ini yang sebelumnya dikenali Malaya dan sebelumnya lagi dipanggil Tanah Melayu sebagai warisan Melayu dan hak Melayu.”

Dalam kenyataannya hari ini, Rahman berkata, tuntutan itu wajar berdasarkan kajian beberapa bulan lalu yang mendapati genetik Melayu berusia antara 60,000 hingga 70,000 tahun lalu berbanding Cina (40,000-45,000).Katanya,

Benua Sunda yang berpusat di bumi Melayu disebut “the Cradle of Human Civilazation” yang membiakkan kaum etnik lain.“Maka sah, bumi ini asalnya adalah bumi orang Melayu,” katanya.Beliau juga membangkitkan tamadun awal Melayu Kedah Tua yang berusia seawal abad kedua sebelum masihi, berdasarkan penemuan pasukan arkeologi Universiti Sains Malaysia (USM).

Menurt Rahman lagi, Melayu merupakan identiti negara ini dan agama anutan terakhir orang Melayu di bumi ini sejak berkurun-kurun lamanya adalah Islam.

2 comments:

Anonymous said...

Agaknya apa Najib 1Malaysia akan kata?

Omar Ortega Callus said...

Aku amat berminat dengan ISMA dan ingin menjadi ahli pertubuhan ini. Nak harapkan PERKASA aku tak berapa nampak mana halatuju ngo ini.

Salah satu approach yang dapat ISMA lakukan adalah bekerjasama dgn Universiti dll menggiatkan usaha mencari dan mengekalkan tapak-tapak tamaddun Melayu..eg kota k.muda, Bukit Panau, Kuala Besut, Mersing dll dan dapatkan pengikirafan UNESCO. Perbanyakkan kajian dan jadikan bahan/manuskrip fakta sejarah, seterusnya gazetkan kawasan/perbandaran sebagai entiti sejarah manakala pemusnahan bahan sejarah dihentikan melalui kuatkuasa undang2.

Terlalu banyak manifestasi sejarah Melayu telah dimusnahkan oleh penjajah...tetapi kita telah merdeka dan tidak ada kuasa asing yang dapat melarang kita membangun kembali kegemilangan Melayu itu.

Contoh: Dimana tugu peringatan darah-darah pahlawan Melayu yang tumpah menentang serangan Siam (perlu diingat bahawa askar2 Siam adalah kaum Cina Tai-selatan China kumpulan sama yg menakluki semenanjung Champa, Ayuthia dan Funan, membunuh ratusan ribu pribumi Siam dan Melayu)

Jangan harapkan kaum China dan India untuk endorse keujudan Melayu (walaupun mereka mengaku mereka pakar sejarah) ...sememangnya mereka tidak AKAN berbuat begitu.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

REJIMEN PEJUANG MAYA DIRAJA

Popular Posts

Followers

Blog Archive