Tuesday 25 February 2014

KEDAH TUA !! TAMADUN MELAYU PALING MAJU YANG TIDAK DIKETAHUI UMUM !!




Sebenarnya masih ramai yang tidak tahu bahawa Tamadun Melayu Kedah Tua di kawasan Lembah Bujang( Sg Batu )Merbok adalah tamadun Melayu paling maju dan berteknologi sekitar 300 tahun sebelum masihi..

Orang orang Melayu ketika itu sudah mampu membina kilang peleburan besi, relau yang mampu menjana kepanasan sehingga 1600 darjah celsius.Dikhabarkan ketulan ketulan besi tulen yang dijumpai disekitar kawasan Sg Batu digunakan untuk membuat pedang ketika zaman Nabi Ibrahim A.S..


Tamadun yang wujud di Sg Batu pada sekitar 300 tahun sebelum masehi membuktikan yang kemungkinan besar Bangsa yang hilang tersebut membina tamadun mereka disini.

Peninggalan-peninggalan artifak-artifak yang lebih awal dari Kerajaaan Sri Wijaya, membuktikan tamadun ini sebenarnya wujud dan ianya berkemungkinan bangsa Melayu yang dikatakan hilang. Malah bangsa ini ada hubungkait dengan Bani Israel.



Baca Seterusnya:


Oleh itu demi merungkai persoalan dan mengupas sejarah Tamadun Melayu Kedah Tua, Sekretariat Penyelidikan Tamadun Awal Kedah Tua dengan kerjasama Pusat Penyelidikan Arkeologi Global USM akan menganjurkan Program " Jom Cari Kedah Tua " yang akan diadakan bermula pada 28 Feburari 2014 sehingga 2 March 2014 di tapak Arkeologi Sgn Batu, Merbok, Kedah.

Program ini bakal memberi peluang kepada peserta untuk bersama-sama melakukan ekspedisi arkeologi yang bakal diketuai oleh Datuk Prof Dr Mokhtar dari USM. Semua dijemput untuk menyertai program pencarian ini bersama pihak-pihak media arus perdana terpilih. Tempat adalah terhad. Program ini bermula pada 28 Februari 2014 pada 4 petang dan berakhir pada pagi 2 March 2014.

Pada 2 March 2014, YAB Dato' Seri Menteri Besar akan datang pada jam 2 petang untuk bersama-sama dengan orangramai di tapak arkeologi tersebut.

Orangramai dijemput hadir pada 2 March 2014 seawal 12 tengahari untuk jamuan kenduri kampung juga bertempat di tapak tersebut.

Datanglah beramai-ramai.

1 comment:

Anonymous said...

Adakah ni bani tamim...ta utk tanah...dan mim utk melayu...yg diperkatakan sbg dtg nya imam mahdi?....fikirkan la

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

REJIMEN PEJUANG MAYA DIRAJA

Popular Posts

Followers

Blog Archive