Wednesday 5 February 2014

BONGKAR !!! PENGARAH JABATAN HUTAN KEDAH AKUI SEMUA PROJEK BALAK ZAMAN PAS !!!


Kelulusan tender dan konsesi aktiviti pembalakan dibuat oleh kerajaan negeri di bawah pentadbiran Pas sebelum ini.

Pengarah Jabatan Perhutanan Kedah, Ku Azmi Ku Aman berkata, kelulusan itu diberikan kepada syarikat pembalakan secara berperingkat manakala pengeluaran beberapa lesen operasi termasuk di kawasan hutan Padang Terap dikeluarkan beberapa bulan lalu.

Beliau berkata, pemberian lesen operasi mengeluarkan balak itu mengambil masa sehingga setahun setengah sebelum sesebuah syarikat dibenarkan menjalankan aktiviti pembalakan.



“Kelulusan konsesi adalah berbeza dengan pengeluaran lesen iaitu kelulusan diberikan lebih awal sebelum lesen dikeluarkan.

“Kita mengambil masa agak lama untuk keluarkan lesen kerana prosesnya membabitkan kerja mengenal pasti kawasan (tanah) serta menanda pokok yang boleh ditebang (matang),” katanya pada sidang media di Wisma Darul Aman di sini, semalam.

Hadir sama Exco Kerajaan Tempatan, Bekalan Air, Sumber Air dan Tenaga, Perumahan dan Pembangunan Insan, Badrol Hisham Hashim dan Adun Pedu, Kama Noriah Ibrahim.

Katanya, pihaknya tidak boleh menyekat pengeluaran lesen kepada syarikat balak selepas tender diluluskan.

Bagaimanapun, ia akan memastikan prosedur yang ketat agar pembalakan berlaku secara terancang dan sistematik bagi mengurangkan kesan alam sekitar mengikut akta ditetapkan.

Dalam pada itu, beliau berkata, pembalakan yang berlaku di kawasan hutan simpan hanya membabitkan hutan simpan pengeluaran dan bukan hutan simpan perlindungan.

Menurutnya, terdapat 300,000 hektar kawasan hutan simpan bagi seluruh negeri manakala hutan simpan pengeluaran 180,000 hektar.

“Daripada keluasan itu, hanya 2,800 hektar dibenar untuk dilesenkan. Ini yang berbeza dengan kelulusan. Kelulusan banyak tapi yang dilesenkan tidak banyak.

“Ia dilakukan secara terkawal iaitu mengamalkan sistem penebangan terpilih dengan kriteria ditetapkan di samping mematuhi syarat iaitu perlu memperoleh sijil Malaysian Criteria and Indicator untuk mengeksport kayu hidup,” katanya.

Ditanya kemungkinan wujud penyelewengan di peringkat proses kelulusan, Ku Azmi berkata, perkara itu tidak berlaku kerana pihaknya mengambil semua permohonan dan kerajaan negeri memberi kelulusan atas cadangannya.

“Dari perspektif jabatan, penyelewengan tidak berlaku kerana setiap permohonan dikenakan premium RM12,000 sehektar. Setiap permohonan yang dibuat perlu disertakan dengan premium sebelum diluluskan,” katanya.

Sementara itu, kira-kira 80 peratus hutan di negeri ini adalah kawasan hutan terpulih yang melalui proses penebangan 30 tahun lalu.

“Aktiviti pembalakan yang dilakukan terhadap hutan di sini mengikut sistem giliran iaitu 30 tahun sekali. Jika ikut statistik, purata pertumbuhan pokok satu sentimeter (cm) setahun, kalau 30 tahun bermakna 30 cm pertumbuhan.

“Pertumbuhan itu jika ditambah saiz yang sedia disimpan iaitu 50 cm akan menghasilkan saiz pokok sudah matang,” katanya.

Itu penjelasan Pengarah Jabatan Hutan Negeri Kedah bagi menjawab segala tomahan pihak Pas yang membuat tuduhan bahawa kerajaan negeri sekarang meluluskan penebangan balak di Kedah.

Walhal semua projek pembalakan di Kedah diluluskan di zaman Pas mentadbir..

"Setiap permohonan dikenakan premium RM12,000 sehektar. Setiap permohonan yang dibuat perlu disertakan dengan premium sebelum diluluskan,”

Maksudnya sebelum nak mohon kena bayar siap siap duit premium hutan kepada kerajaan.kalau dah lulus maknanya syarikat konsesi balak boleh menebang balak.Dan jika kerajaan Kedah sekarang menghentikan pembalakkan, syarikat konsesi boleh mengambil tindakkan undang undang terhadap kerajaan kerana melanggari perjanjian..

Selepas ini pula, lagi 3000 hektar kawasan hutan di Gunung Inas akan mula digondolkan kerana kerajaan Pas sudahpun meluluskan projek ladang sejahtera yang dihentikan atas arahan MB.. Sebelum ini ketika TMK membongkar kes balak berkenaan, JAS mengeluarkan arahan supaya projek tersebut dihentikan kerana tidak mempunyai EIA.

Sekarang ini EIA kawasan berkenaan sudah diluluskan, nak tak nak kerajaan negeri sekarang terpaksa meneruskan atau berdepan dengan tindakkan mahkamah jika syarikat konsesi mengambil tindakkan undang undang..

Duit premium kerajaan Pas dulu dah sapu licin, yang merananya kerajaan sekarang la..

Inilah hasil yang rakyat khususnya dikawasan baling terpaksa terima selepas memberi Pas memerintah selama sepenggal..Baru sepenggal perintah tapi kesannya seperti 40tahun..

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

REJIMEN PEJUANG MAYA DIRAJA

Popular Posts

Followers

Blog Archive