Wednesday 15 January 2014

TAKKAN KERAJAAN NAK RAKYAT KERJA LEBIH MASA SEUMUR HIDUP ??




Sebenarnya kerja lebih masa atau buat kerja part time selepas waktu kerja bukan satu jalan yang baik untuk manusia lebih lebih lagi yang bekerja pejabat.

Faktor usia, kesihatan, keluarga dan stress menjadi penghalang bagi sesetengah rakyat untuk bekerja lebih masa.

Trend membuat kerja sambilan ini sudah lama, namun tekanannya makin terasa akibat pendapatan yang tidak sama naik dengan peningkatan harga barang semasa.



Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), Mohd Khalid Atan berkata, kerja lebih masa dalam jangka yang panjang bukan hanya boleh mengakibatkan kualiti kesihatan menurun disebabkan stres dalam masa sama boleh memberi kesan kepada sistem kekeluargaan.

Walaupun Kongress Pekerja tidak menghalang mana mana kakitangan awam bekerja lebih masa atau part time tetapi isu pokoknya adalah kenaikkan harga barang sekarang tidak selaras dengan gred gaji.

Sepatutnya kerajaan memikirkan cara yang terbaik untuk mengelakkan kenaikkan berlaku.Memang rakyat mempunyai pilihan untuk membuat keputusan, tetapi kalau dah semua harga barang naik dan tiada pilihan lain untuk buat selain membeli juga barangan itu adakah kuasa membeli memang ditangan penguna?

Tiada cara lain melainkan kerajaan bertindak tegas dan menghalang kumpulan kumpulan yang tidak bertanggungjawab menaikkan harga barangan sesuka hati.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

REJIMEN PEJUANG MAYA DIRAJA

Popular Posts

Followers

Blog Archive