Friday 6 September 2013

ALI RUSTAM MAHU KASINO GENTING DITUTUP !!! HIDUP TOK ALI




Pengerusi Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB), Datuk Mohd Ali Rustam menggesa kerajaan menutup resort kasino Genting Highlands.

Laporan Nanyang Siang Pau hari ini menyebut, Ali mendakwa kasino berkenaan mewujudkan pelbagai masalah sosial dan jenayah.

Beliau juga mendakwa menerima banyak aduan berhubung isu tersebut.

Ali dalam sidang media selepas satu taklimat bersama usahawan Bumiputera di Melaka semalam berkata Genting Group tidak memberi sebarang sumbangan kepada ekonomi Melaka walau dengan pendapatan tinggi dari kasinonya.



Bekas ketua menteri Melaka itu berkata kerajaan masih boleh mengenakan levi cukai ke atas resort lain dan tidak perlu bergantung kepada kasino Genting Highlands.

Gesaan itu dengan tangkas disanggah oleh setiausaha agung Pemuda MCA Chai Kim Sen yang mendakwa kenyataan Mohd Ali itu sebagai usaha untuk memperbodohkan rakyat dengan mempermudahkan masalah terbabit.

Beliau juga mendakwa Mohd Ali membuat kenyataan tersebut bagi menghadapi pemilihan dalam parti Umno.

Chai berkata keputusan mengenai Genting Highlands perlu dibuat oleh kerajaan.

1 comment:

Anonymous said...

Sokong sangat-sangat. Malaysia tidak akan muflis pun jika kasino tersebut ditutup. Sumber dari judi tersebut tidak memberi manafaat kepada rakyat Malaysia.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

REJIMEN PEJUANG MAYA DIRAJA

Popular Posts

Followers

Blog Archive