Tuesday 12 November 2013

PANASSS !! DAP TAJA MAT SABU UNTUK KEKAL KERUSI TIMB PRESIDEN



Keputusan Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa untuk tidak bertanding jawatan Timbalan Presiden benar-benar memeranjatkan semua pihak. Ini kerana pengunduran tersebut bakal menyaksikan pertembungan 2 penjuru antara kumpulan Liberal dan Ulama parti itu.

Namun keputusan Husam itu, mungkin disebabkan ingin mengelakkan undi kumpulan Liberal berpecah, sekali gus menyebabkan kumpulan ulama kembali menguasai parti. Sebagai contoh ketika pemilihan parti pada Muktamar Pas yang ke-55, penyertaan Husam untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden telah menyebabkan Nasaruddin Mat Isa berjaya menduduki jawatan no-2 itu.



Muktamar yang diadakan pada tahun 2009 itu menyaksikan Ustaz Nasha (Ulama) mendapat 480 undi, Husam (Liberal) 281 undi dan Mat Sabu (Liberal) 261 undi.

Seterusnya pemilihan parti ketika Muktamar Pas ke-57, Mat Sabu berjaya merampas jawatan Timbalan Presiden, apabila menewaskan Ustaz Nasha (penyandang) dan Tuan Ibrahim Tuan Mat. Pertembungan 3 penjuru itu telah menyebabkan kumpulan Liberal berjaya menguasai parti.

Muktamar yang diadakan pada tahun 2011 itu, menyaksikan Mat Sabu (Liberal) mendapat 420 undi, manakala Ustaz Nasha (Ulama) hanya berjaya mendapat 224 undi dan diikuti dengan Tuan Ibrahim (Ulama) dengan 399 undi.

Sekiranya trend 2 pemilihan sebelum ini diambil kira, ia sudah cukup membuktikan, pertembungan 3 penjuru hanya akan menyebabkan perpecahan undi di kalangan perwakilan. Menyedari akan hakikat itu, ulama Pas dilihat mula belajar dari sejarah apabila hanya meletakkan satu calon sahaja bagi mewakili kumpulan tersebut.

Sumber dalaman parti itu sebelum ini juga mengatakan ramai di kalangan ahli Pas dikatakan tidak beberapa senang dengan kehadiran kumpulan Liberal yang pro Anwar ini yang turut dilabelkan dengan pelbagai gelaran seperti Anwarinas dan Endorgan. Malah kegagalan beberapa pemimpin Liberal pada pilihan raya umum yang lalu juga dikatakan sebagai petanda penolakan ahli parti itu secara senyap.

Berkemungkinan Mat Sabu mengunakan tajaan dari rakan sekutunya Dap untuk memenangi kerusi nombor 2 Parti Pas dimana Mat Sabu memang mempunyai hubungan baik dengan pemimpin Dap iaitu Guan Eng..

Mana tidaknya Mat Sabu satu satunya pemimpin Pas diberi jawatan Non Executive dalam PBA oleh Guan Eng biarpun tidak mempunyai kelulusan dalam bidang berkaitan air.. Jadi perkara itu tidak merisaukan Mat Sabu untuk bertanding Timbalan Presiden kerana sumber kewangan beliau sangat kukuh..

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

REJIMEN PEJUANG MAYA DIRAJA

Popular Posts

Followers

Blog Archive