Tuesday 12 November 2013

PANASS !! SITI NURHALIZA SOUND KJ SUPAYA LEBIH BERADAP !!




Apabila penyanyi terkenal tanahair, Datuk Siti Nurhaliza mengkritik Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin menerusi Twitter, ramai mengaitkannya dengan isu pergeseran antara Khairy dan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) sejak akhir-akhir ini.

Tak kurang juga melihat Siti sebagai melenting kerana Presiden FAM, Sultan Ahmad Shah merupakan sultan di negeri kelahiran penyanyi tersebut.

Bagaimanapun dalam satu jawapan kepada Twitter pengikutnya, Siti memberi tanda bahawa kritikannya itu merujuk kepada tindakan Khairy meminta bekas kapten skuad kebangsaan, Datuk Jamal Nasir agar tidak masuk campur urusannya sebagai menteri dengan FAM.





Sebelum ini Khairy pernah menyifatkan Jamal sebagai ‘budak suruhan’ FAM apabila pergeserannya dengan persatuan bola sepak tersebut dikritik Jamal namun dakwaan itu dinafikan.

Selepas penafian dibuat Khairy dilaporkan mengeluarkan pula kenyataan di media,

“Jika beliau bukan ‘budak suruhan’ FAM, bukan pemimpin FAM, jadi jangan masuk campur. Ini antara menteri dengan FAM dan kalau tiada apa-apa jangan masuk campur. Orang luar tidak harus campur tangan urusan menteri dengan persatuan sukan kebangsaan!”

Dalam Tweet lain, Siti turut menegaskan bahawa pendapatnya itu dibuat atas kapasiti rakyat biasa yang memerhati.

Apa pun, semoga Khairy dan FAM dapat duduk semeja secepat mungkin bagi menyelesaikan segala kekeruhan demi kepentingan bola sepak dan sukan tanahair. –Mynewshub.my

6 comments:

Anonymous said...

Khairy memang menteri bertaraf otak budak2.Terasa diri hebat. Merak buih.

Anonymous said...

Syukur Alhamdulillah dgn. KEBERANIAN Seniwati Negara tercinta kita ini, yg. penuh tradisi Islam/Melayunya, Datuk Siti Nurhaliza kita (bertuah betul suaminya dpt. isteri yg. soleh, yg. sentiasa merendah diri mcm. ni walau Datuk Siti sungguh terkenal/kaya-raya/begitu jelita serta merdu bagai buluh perindu suaranya)!

Yg. si LIBERAL KP ni awatlah makin BONGKAK (liberal dlm. UMNO mahupun PAS, mana tahu hormat orang tua sekrg: maklumlah mereka pikiaq mereka ni 'intelektual', akibat mereka pencinta "hak asasi/demokrasi" Barat-Zionis!) - bayangkanlah dia jadi PM/TPM kita; hancoq UMNO dan NEGARA ISLAM bumi PUSAKA Tanah Melayu kita ini, warisan dan korban berzaman nenek moyang kita, dari sebelum dijajah si KAPIR British-Zionis laknat lagi!

Inilah akibat si Islam/Melayu LIBERAL MENJILAT KAPIR HARBI DAJAL, sedangkan umat Islam/Melayu, terutamanya yg.miskin, asyik MERANA tak habis-habis, di bumi PUSAKA Tanah Melayu kita ini!

Patutlah juga ALLAH SWT- makin turunkan bala kat negara ni, akibat PENGKHIANATAN Islam/Melayu LIBERAL mcm. ni, yg. makin berlambak dlm. PAS mahupun UMNO!

Dahlah tu, siapa si LIBERAL; yg, menasihat PM kita utk. jadikan Langkawi mcm. pusat KAPIR Barat-Israel, Monaco – sawah padi dan kpg-kpg. Melayu warisan nenek moyang Melayu/Islam kita tu HINA sgtkah dan akan diGADAIKan berterusan pd. si KAPIR Musuh Islam/Melayu?! Kalau pelancong nak nikmati cara hidup KAPIR mereka, dah bersepah kat Barat; apahal kita nak hapuskan tradisi nenek moyang Islam/Melayu kita, yg. begitu INDAH dan SUCI, demi WANG pelancong/pelabur KAPIR! Langkawi itukan penuh sejarah Islam/Melayu - dan sawah padi/kpg. nelayan PUSAKA kita!

Sebenarnya ramai pelancong dr. NEGARA ISLAM yg. lebih menghargai keindahan dan kesucian tradisi Islam/Melayu sebegini; mereka tak perlukan alkohol atau berbikini sampai nak telanjang kat org. kpg. Dahlah tu, hotel terbaru si KAPIR yg. besar di Langkawi tu namanya "St. Regis" - bukankah 'St' itu maknanya 'Saint' dlm. Kristian?! Jadi Langkawi pun nak diKRISTIANkan?!

Maka, tak cukupkah satu demi satu negeri, dah TUMBANG pd. KAPIR Musuh Islam/Melayu dr. DAPBANGKAI/PKR (bersama sekutu mereka dr. PAP-Barat-Israel)? Ini termasuklah Kelantan dan T'gganu, yg. dulunya NEGERI-NEGERI ISLAM yg. begitu kuat tradisi dan aqidah Islamnya, pun makin TERGADAI kpd. si KAPIR MUSUH Islam/Melayu!

Makcik Sambal Belacan – PERTAHAN Islam dan umatnya, Raja-Raja Melayu/PM-TPM/UMNO/Bahasa Melayu, hak BUMIPUTERA Melayu dan BUMIPUTERA lain; dan hak orang miskin dari semua bangsa yang hormat Islam, dan bangsa dan hak Bumiputera (Bumiputera juga bermakna Pribumi/Orang Asal/Indigenous/Native/Aboriginal/First Nation).

Anonymous said...

"....jadi jangan masuk campur. Ini antara menteri dengan FAM dan kalau tiada apa-apa jangan masuk campur. Orang luar tidak harus campur tangan urusan menteri dengan persatuan sukan kebangsaan!”
KJ memang seperti kaduk naik junjung! Tidak salah untuk menegur tapi biarlah berhemah! Itulah kalau dilahirkan dan dibesarkan serta diberi pendidikan luar negara mana ada budi bahasanya!
Minta dijauhkan Allah swt orang macam ini jadi pemimpin Malaysia negara Islam dengan rakyatnya penuh berbudi bahasa dan beradab sopan. Minta minta orang seperti ini cepatlah gugur kuasa yang ada! Kuasa yang boleh diumpamakan setitik air di lautan yang maha luas!
Tahniah Datuk Siti Nurhaliza. Anda penyanyi tersohor negara tapi adab sopan saudara sebagai Melayu Islam tetap utuh tidak seperti Si Kaduk naik junjung tu!Baru semalam dapat 'sedikit' kuasa tetapi berlagak macam pandai sangat!

Anonymous said...

Jgn cerita pasal "biadap"..kalo rampas suami orang tu macam mane?? adakah itu ciri seorang melayu yg ada adap sopan.."pikir la sendiri"

p/s: mcm2 hal....

Mat Pahit said...

bravo utk KJ, utk TMJ, utk ANNUAR MUSA... FAM musti di tegur,dikritik, dinasihati..tak makan cara berhemah,tunjuk cara keras,FAM jangan keras hati,tak mau berubah..cakap mesti bikin.tapi..batul kah FAM ni nak berubah...atau hanya tahu JUAL PERLAWANAN!

Anonymous said...

malaysian dah fed up sama ini FAM siti oii. kj FTW.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

REJIMEN PEJUANG MAYA DIRAJA

Popular Posts

Followers

Blog Archive