Monday 18 November 2013

GUAN ENG TERIMA CADANGAN PAS LAKSANA HUDUD DI P.PINANG ??



Tentu sekali Guan Eng tidak akan terima cadangan Pas agar negeri yang ditadbir PR melaksanakan hudud.

Seperti yang kita maklum,  rakan sekutu Pas itulah paling lantang menentang hudud sejak dari dulu lagi.. Dan adakah kali ini Dap akan bersetuju dengan usul yang akan dibawa oleh Pas pada muktamar nanti ??

Sama sama kita nanti jawapan balas dari  Dap
.


Usul supaya negeri-negeri di bawah pentabiran PR melaksanakan hudud akan dibentangkan pada Muktamar Pas ke-59, demikian ujar Ketua Penerangan Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Menurutnya, usul tersebut akan terus dibahas diperingkat Pas Pusat sehingga menemui resolusi sekaligus akan dibawa ke peringkat Dewan Rakyat.

Beliau menambah, Pas telah menerima empat usul berhubung isu pelaksanaan undang-undang syariat Islam termasuk hukum hudud pada muktamar kali ini.

"Dalam muktamar itu juga kita akan desak negeri-negeri yang dikuasai PR melaksanakan undang-undang itu, " katanya kepada Sinar Harian Online, hari ini.

Sebelum ini media melaporkan, Kerajaan Kelantan akan memperuntukan RM 1 juta untuk melaksanakan hukum tersebut.

Susulan itu, ahli Majlis Tertinggi Umno yang juga Ahli Parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa turut menyambut baik perkara tersebut dan menegaskan parti bukan Islam lain tidak perlu masuk campur dalam perkara tersebut.

Dalam perkembangan sama, Tuan Ibrahim yang juga Pengerusi Usul berkata, resolusi yang diperolehi daripada perbahasan usul hudud pada muktamar akan diteruskan ke peringkat Kerajaan Pusat.

"Selepas kita berbahas usul itu pada muktamar kita akan hantar memorandum mendesak Kerajaan Pusat memberi laluan kepada sistem perundangan Islam itu," katanya.

Selain itu, Tuan Ibrahim yang juga Pesuruhjaya Pahang berkata Pas turut menerima usul untuk membincangkan isu Tahaaluf Siyaasi pada muktamar tersebut.

"Kita juga telah menerima tiga atau empat kawasan yang menyerahkan usul untuk membahaskan isu Tahaluf Siyaasi.

"Jadi kita diperingkat Pusat telah terima dan akan dibahaskan di peringkat Pusat," ujarnya lagi

1 comment:

Anonymous said...

Macam ni la baru anak jantan PAS. Ni macam nak tak nak saja. 1001 alasan diberi. Kalau ada kesungguhan tunjukkan pada orang ramai. Lepas ni table kat dewan rakyat. Kita nak tengok siapa yang beriman dan siapa yang tak beriman.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

REJIMEN PEJUANG MAYA DIRAJA

Popular Posts

Followers

Blog Archive