Friday 18 October 2013

HARI TU KATA NAK BUAT UNDI POPULAR, HARI NI LAIN PULAK KEPUTUSAN ?? APA CERITA NI RAOP ??



Sampai sekarang keputusan siapa yang bakal ditabalkan sebagai Naib Ketua Pemuda Umno Malaysia masih gagal diputuskan selepas mesyuarat diadakan semalam dan hari ini..

Sebelum ni khabarnya nak buat undi popular, tapi kini lain pula jadinya apabila jawatankuasa pemilihan akan adakan semula pemilihan di 3 bahagian iaitu Sabak Bernam, Bachok dan Gelang Patah dimana ketika tiga bahagian ini mempunyai masalah pada mesyuarat baru baru ni..

Cukup memalukan dengan keputusan yang diambil oleh jawatankuasa pemilihan kali ni.. Cara pemilihan baik tapi bermasalah dari segi pentadbiran..Bukan pentadbiran YAB Presiden tapi pentadbiran setiausaha kerja si Raof..



Aku tak faham apa mekanisma yang jawatankuasa pemilihan umno lakukan sehingga lambat buat keputusan.. Atau ada tangan tangan tertentu yang mengatur kemenangan seseorang..

Kalau dari mula nak buat undi popular bermakna kita tahu siapa pemenangnya kan?? Tapi keputusan untuk tidak mengadakan undi popular ditolak seolah olah telah diatur oleh seseorang yang mahu pastikan kemenangan berpihak kepada orang kanannya..


Macam nie lah..Kalau macam ni punya keputusan, Umno takkan berubah... Pemuda yang berduit saja layak ada jaeatan dalam Umno..Yang bekerja dari rakyat ke rakyat tidak dipandang..Malah baru nak naik dah kena kerat...



Nasib kedua-dua calon Naib Ketua Pemuda UMNO, Jamawi Jaafar dan Azwan Harun yang terikat seri akan ditentukan dengan mengadakan pemilihan semula di tiga bahagian iaitu Sabak Bernam, Bachok dan Gelang Patah yang akan dijalankan khusus untuk jawatan Naib Ketua Pemuda, demikian menurut Pengerusi Pemilihan Jawatankuasa UMNO, Tan Sri Tajol Rosli.

Menurut beliau, pemilihan semula sayap pemuda di ketiga-tiga bahagian yang terbabit akan dijalankan secara serentak pada hari Rabu ini (23 Oktober 2013).

“Saya juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada kedua-dua calon, Jamawi dan Azwan kerana telah bersetuju dengan keputusan yang diambil untuk menyelesaikan masalah berhubung perkara ini.

“Kedua-dua calon ini telah meletakkan kepentingan UMNO melebihi kepentingan peribadi dalam isu ini. Ingin saya tegaskan bahawa dalam pertandingan ini antara Jamawi dan Azwan, tidak ada pemenangnya kecuali UMNO.

“Yang menang tidak dapat semua dan yang kalah tidak hilang semua dan inilah pendapat yang dikongsikan bersama oleh Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin, ” demikian tegas beliau dalam satu sidang akhbar berhubung isu jawatan Naib Ketua Pemuda yang terikat seri.

Manakala menurut Setiausaha Kerja UMNO Malaysia, Datuk Ab Rauf Yusuh, setelah meneliti dari segenap sudut, maka kedua-dua pihak telah menzahirkan beberapa perkara yang perlu diperincikan.

“Hasil daripada perbincangan antara kedua-dua pihak, satu langkah telah diambil iaitu untuk mengadakan semula pemilihan di ketiga-tiga bahagian yang terdapat sedikit keraguan di dalam keputusan pemilihan baru-baru ini.

“Oleh yang demikian, kedua-dua calon telah pun bersetuju untuk memberikan sokongan kepada keputusan ini bagi memastikan satu keputusan muktamad berhubung jawatan ini,” ujarnya.

Manakala menurut Jamawi Jaafar, beliau menerima keputusan jawatankuasa pemilihan UMNO berhubung status pemenang yang bakal ditentukan dengan pemilihan semula di ketiga-tiga bahagian seperti yang telah diputuskan.

“Saya sebagai seorang yang mendokong institusi pemuda UMNO, akan terus memberikan sepenuh kepercayaan kepada jawatankuasa pemilihan dan saya berikrar sekiranya tidak memenangi undi di ketiga-tiga bahagian tersebut maka saya akan tetap menyumbangkan jasa pada UMNO.

“Saya menyerahkan sepnuhnya nasib saya kepada ketiga-tiga bahagian tersebut dan insyaAllah kita akan mendapatkan keputusan terbaik untuk masa depan Pemuda UMNO Malaysia,” ujarnya.

Bagi Azwan Harun pula, beliau turut berkongsi pendapat dengan Jamawi di mana dalam isu ini kepentingan peribadi perlu diketepikan dan semangat perpaduan dan kekeluargaan UMNO perlu diutamakan.

“Kita dalam pertandingan yang bersifat kekeluargaan. Jadi saya rasa tidak perlu ada sebarang tindakan yang boleh menjejaskan imej parti.

Saya sendiri meletakkan jauh kepentingan peribadi dan meletakkan kepentingan parti itu mengatasi kepentingan peribadi,” jelasnya. -MediaUMNO

Sumber Gambar Double Y

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

REJIMEN PEJUANG MAYA DIRAJA

Popular Posts

Followers

Blog Archive