Sunday 13 October 2013

CADANGAN UNTUK SUK UMNO MALAYSIA !! SUK UMNO PERLU DITRANSFORMASIKAN #BeraniBerubah !!!!




Semalam ada aduan tentang beberapa perkara yang boleh menimbulkan kekeliruan membabitkan kertas undi yang menggunakan warna sama untuk setiap jawatan yang dipertandingkan.

kertas undi untuk jawatan Exco turut digunakan untuk pemilihan jawatan Exco bahagian boleh menyebabkan perwakilan keliru.

Kertas undi untuk jawatan Exco Malaysia ada 20 yang perlu diisi, bila kertas yang sama digunakan untuk pemilihan jawatan Exco bahagian kekeliruan akan timbul sebab untuk jawatan bahagian dikehendaki pilih 15 calon berbanding jawatan Pusat 20 calon.

Sepatutnya jawatan setiap peringkat sama ada peringkat pusat ataupun bahagian perlu menggunakan kertas undi yang berlainan mengikut keperluan undian.. Bagi memudahkan perwakilan memasukkan kertas undi itu dalam kotak undi..


Petugas pengiraan undi juga didapati dijalankan oleh petugas-petugas yang tidak terlatih dan tidak tahu tentang pemilihan serta perlembagaan Umno..

Tinjauan mendapati petugas-petugas kiraan undi sendiri tidak mahir mengenai proses pengiraan undi yang akan dijalankan. Ini menunjukkan suatu kelemahan.. Jika berlaku kesilapan, ianya boleh menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan calon. Seperti proses pengiraan kertas undi Pemuda semalam berlaku kelewatan sehingga jam 3 pagi di beberapa Bahagian di Kedah..

Para pemantau juga dilihat gagal untuk mengendalikan proses pengiraan..

Sepatutnya mereka (petugas) ini diberi kursus terlebih dahulu dan dijelaskan secara terperinci mengenai sistem kiraan yang digunakan untuk pemilihan kali ini.. Dan para perwakilan juga perlu dipanggil untuk diberi taklimat tentang cara cara untuk membuat undian..

Kalau dilihat semalam, banyak juga undi rosak berlaku di semua bahagian ? Kenapa ?? Ini bukan masalah undi protes atau perwakilan tidak mengundi tetapi Umno sendiri gagal untuk menerangkan dengan lebih menyeluruh cara mengundi.. Sistem pemilihan kali ini baik tetapi ramai juga perwakilan merungut tentang kekeliruan pada kertas undi..

Kepada Datuk Rauf, tolong terima kritikan dari ahli Umno.. Memang semua benda tak sempurna tapi janganlah memberi 1001 alasan setiap kali ada masalah timbul.. Banyak wang sudah dihabiskan bagi menyediakan kelengkapan pemilihan tetapi hasilnya banyak tempat yang menghadapi masalah semasa proses pengiraan.. Jalan akhir, pengiraan manual( pakai tangan) juga jadi pilihan.. Apa guna ada mesin canggih kalau tak boleh pakai ?? Apa guna print berjuta juta kertas undi tapi akhirnya undi rosak ??


Cadangan aku, YAB Presiden Umno kena transformasikan SUK Umno Malaysia.. Sekian.....


Setiausaha Kerja Umno Datuk Ab Rauf Yusoh berkata ibu pejabat Umno mengalu-alukan sebarang kritikan, pandangan serta cadangan membina yang boleh digunakan bagi memudah cara perjalanan sistem pemilihan yang menggunakan kaedah baharu itu.

“Kita melihat ada banyak perkara yang boleh ditambah baik berdasarkan masalah kecil yang timbul pada hari ini agar ia dapat diperhalusi dan dibaiki sebagai persediaan menghadapi pemilihan minggu depan,” katanya.

Menjelas lanjut, Ab Rauf berkata masalah teknikal itu kebanyakkannya melibatkan sudut pentadbiran dan ia dapat diselesaikan dengan kaedah pemudah cara yang diperkenalkan Jawatankuasa Pemilihan Umno dan ibu pejabat.

“Meskipun berlaku permasalahan teknikal di beberapa bahagian, namun ia dapat diselesaikan dan mesyuarat dapat dijalankan dengan jayanya…hasil kebijaksanaan urus setia yang telah diberikan latihan simulasi pemilihan di Janda Baik, baru-baru ini.

“Kita juga melihat masalah logistik memainkan peranan penting dalam pelaksanaan pengedaran kertas undi, namun ia dapat diselesaikan,” katanya.

Mengenai mesin kira yang dikatakan rosak di Bagan, Pulau Pinang, Ab Rauf berkata ia berpunca daripada masalah teknikal kerana petugas pemilihan masih belum biasa menggunakan alat berkenaan.

“Sepatutnya mesin mengira kertas undi itu mempunyai had (untuk mengira) tetapi mereka ingat ia tiada had, justeru kertas undi tersangkut dan kaedah pengiraan ‘manual’ terpaksa dilakukan untuk bahagian itu,” katanya.

Menurutnya, permasalahan seperti kertas undi tidak sampai, tertukar dengan bahagian lain dan tiada bekalan elektrik juga berjaya diselesaikan.

“Selain itu, pada peringkat awal kita melihat sistem ini diterima oleh kebanyakan perwakilan yang bersedia dengan transformasi yang dibawa pucuk pimpinan,” katanya.


MTK
Kalau semua bagi alasan masalah teknikal, sampai bila nak berubah ?? atau nak diri tu diubah ?? #BeraniBerubah

1 comment:

Anonymous said...

dua perkara yg menarik dalam pemilihan pemuda dan wanita di kedah.

1.mesyuarat pemuda sik kertas undi lebih 30 keping.dari mana datangnya lebihan 30 kertas undi itu.

2.mesyuarat wanita kulim bandar baru.
Setiasaha UMNO bahagian (L) yang menjadi pengerusi tetap persidangan.
begitulah kemaruknya kuasa.

3.dipadang serai pula 3 orang wakil dari bahagian ke sayap dibuat tanpa keputusan mesyuarat UMNO Bahagian Padang Serai.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

REJIMEN PEJUANG MAYA DIRAJA

Popular Posts

Followers

Blog Archive