Sunday 22 September 2013

BETUL KE TAKDAK ORANG NAK JATUHKAN @MUKHRIZMAHATHIR ?? #BERANIBERUBAH




Datuk Mukhriz Mahathir menolak kemungkinan berlakunya cubaan untuk menjatuhkan beliau pada Pemilihan Agung Umno kelak oleh ketiga-tiga penyandang Naib Presiden parti itu.

Menteri Besar Kedah itu berkata jika wujud percubaan itu, bermakna ia sama sekali menyalahi Program Transformasi Politik (PTP) yang dibawa oleh Presiden Datuk Seri Najib Razak.

"Saya rasa itu semua kebetulan sahaja, saya tidak percaya mereka mempunyai satu pakatan (untuk menjatuhkan beliau).

"...kalau benar itu yang berlaku bermakna sedikit konflik dengan kenyataan yang mereka keluarkan sebelum ini.



"Bahawa Program Tansformasi Politik (PTP) yang kita (Umno) amalkan ini membuka ruang seluas-luasnya kepada ahli-ahli kita untuk memilih pemimpin mereka.

"Jadi saya ingat setiap daripada kita perlu dinilai secara berasingan dan atas harapan itulah saya menawarkan diri untuk bertanding jawatan ini," katanya selepas diminta mengulas bersabit tindakan ketiga-tiga penyandang yang datang menyerahkan borang dan mengadakan sidang media secara bersama tadi.

Beliau berkata kepada pemberita dalam satu sidang media khas selepas menyerahkan borang bagi mencabar tiga penyandang sedia ada Naib Presiden.

Penyerahan borang oleh Mukhriz menjadikan beliau calon kelima menyerahkan borang pencalonannya bagi pemilihan parti Oktober ini.

Mukriz yang juga merupakan anak kepada bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohammad berkata sudah sampai masanya jawatan tersebut dicabar oleh golongan muda yang lebih mewakili aspirasi rakyat.

Katanya lagi Umno memerlukan orang muda yang berdaya saing bagi kedudukan jawatan Naib Presiden itu bagi melaksanankan transformasi politik yang sihat.

"Saya ingat dalam peredaran sekarang, transformasi itu berlaku begitu banyak sekali, oleh itu kalau kita lambat, saya ingat kita akan tertinggal.

"Oleh itu saya menawarkan diri mengikut situasi dan suasana sekarang ini," katanya.

"Mengikut zaman ayah saya dulu, yang hendak menawarkan diri pun tidak ramai, kalau ada pun, masih ramai yang menolaknya juga.

"Masing-masing menolak, tapi sekarang tuntutan itu semakin banyak dan kita menghadapi pilihan raya demi pilihan raya, dan sokongan kalau tidak meningkat pun dia nampak rata saja," katanya.

Beliau dalam pada itu berkata keputusan untuk bertanding jawatan Naib Presiden tersebut setelah mendapat pertimbangan orang ramai dan nasihat daripada rakan-rakannya termasuk veteran Umno.


MTK
Itu cakap YAB Datuk Paduka Mukhriz, tapi kut belakang dah tau sapa yang duk atur buat kerja jahat ni.. Tak pa, aku nak tengok dulu game depa buat..sampai masa nanti aku tulis balik apa yang depa duk kata.. Tapi aku x marah kat kawan kawan aku tu.. depa buat kerja sebab dah diupah..

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

REJIMEN PEJUANG MAYA DIRAJA

Popular Posts

Followers

Blog Archive