Friday 27 September 2013

ALLAHYARHAM UST AZIZAN SAHABAT BAIK -AYAHANDA TUN DR MAHATHIR



Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak seorang sahabat yan baik walaupun berbeza parti politik.

Beliau berkata bekas Menteri Besar Kedah itu bersikap tidak keterlaluan dalam politik dan sanggup berbaik-baik dengan semua orang.

Katanya Azizan juga bersikap memenuhi permintaan orang ramai tanpa mengira parti ketika menjadi wakil rakyat dan Menteri Besar.

“Sahabat, sahabat… politik, politik. Perhubungan saya dengan dia memang baik.



“Dia (Azizan) seorang berpegang kuat kepada ajaran Islam dan tak pernah menyeleweng,” katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas upacara pengebumian jenazah Allahyarham Azizan di Tanah Perkuburan Muasassah Darul Ulum, Pokok Sena, dekat sini hari ini.

Bekas menteri besar Kedah itu meninggal dunia di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini pukul 11.05 pagi akibat jangkitan kuman dan kegagalan organ dalaman yang pelbagai, selepas lebih empat bulan mengalami masalah kesihatan yang serius.

Allahyarham mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri Sungai Limau yang dimenanginya sejak 1995 pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13) Mei lalu, selepas menewaskan sepupunya Fazillah Mohd Ali dari Barisan Nasional (BN) dengan majoriti 2,774 undi. – BERNAMA

1 comment:

Anonymous said...

Saya cadangkan, kita penyokong UMNO berbaik dengan PAS. Begini caranya:-

Sudah pasti PRK kedua selepas PRU13 akan diadakan tak lama lagi. Kepada penyokong BN (terutamanya UMNO) yang 'patah-hati' melihat tiada perubahan dalam kabinet, menang atau kalah di Sg. Limau, tak membawa sebarang erti.
Amatlah jelas, hampir kesemua Menteri kabinet adalah 'fossil' tinggalan Pak Lah dan mereka amat kaya-raya. Mereka hanya mahu kerja senang, tidak boleh berfikir sendiri dan memerlukan CON-sultant yang dibayar beratus juta untuk melakukan kerja mereka. Selepas mengurangkan subsidi petrol, Najib membazir wang rakyat, menyewa pejabat di San Francisco, yang ber'scenic view'kan Golden Bridge yang indah. Kalau betul mahu berjimat WANG Rakyat dengan mengurangkan subsidi, mengapa tidak di bubarkan saja, PEMANDU dan berhentikan khidmat CON-sultant atau lain2 penasihat, terutama warga asing, yang ramai di GLC dan MAS. Barulah rakyat tak marah sangat kenaikian harga petrol.

Balik pada PRK; Apa pun keputusannya, Kedah akan tetap di miliki BN. Oleh yang demikian, sebagai membukti persaudaraan sesama Islam, marilah kita memberi kemenangan kepada PAS. Asalkan PAS tidak beri laluan pada DAP, biarkan mereka menang tanpa bertanding. Jika kerajaan pusat mahu letak calon juga, saya gesa semua pengundi di Sg. Limau, memangkah PAS, sebagai protes dan memberi isyarat kepada Najib supaya menukar anggota kabinetnya. Jika orang Cina dalam MCA, Gerakan dan DAP boleh bersatu untuk menjaga kepentingan mereka, mengapa Melayu tidak boleh? Jika pengundi Melayu di Sg.Limau bersatu 100% menyokong PAS, ia akan memberi keyakinan kepada PAS untuk keluar PR dan bersatu dengan UMNO untuk menghadapi PRU14.

Sebaliknya, jika BN menang di Sg. Limau, sudah tentu Najib akan mendabik dada mengatakan kepercayaan rakyat telah kembali kepada BN. Maka dasar-dasar sekarang akan berterusan.

RD.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

REJIMEN PEJUANG MAYA DIRAJA

Popular Posts

Followers

Blog Archive