Tuesday 20 August 2013

PANASSS !!! AYUH SEMUA WARGA UTARA JOM KITA KE DATARAN DARUL AMAN JITRA 23-25 OGOS NIE !! #HariKoperasi2013



Lebih 40,000 koperasi di seluruh negara akan menyertai sambutan Hari Koperasi Negara yang akan diadakan di Dataran Darul Aman, Jitra, Kedah selama tiga hari bermula 23 Ogos ini.

Sambutan kali ini agak unik kerana Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) akan mengadakan serentak dengan sambutan Hari Raya Aidilfitri dan Hari Kebangsaan.

Pelbagai aktiviti telah disusun bagi memeriahkan sambutan itu yang turut disertai pertubuhan koperasi dari luar negara.




Antara acara yang menarik perhatian pengunjung adalah ekspo dan pameran, Forum Perdana, TV Game Show, Bersama Selebriti Terkenal Tanah Air, Pertandingan Tomoi, Auto Show dan banyak lagi.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dijangka merasmikan sambutan itu pada 24 Ogos ini dan orang ramai dijemput hadir bagi meraikannya.

Setiap koperasi yang menyertai sambutan ini akan mempamerkan produk mereka masing-masing dan peluang kepada mereka untuk mengembangkan perniagaan.Yang paling penting, masuk adalah percuma

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

REJIMEN PEJUANG MAYA DIRAJA

Popular Posts

Followers

Blog Archive