Tuesday 20 August 2013

PANASS !! LEBIH BAIK PAS TUTUP MULUT ISU KUIN KALAU TAK NAK MALU !!


Menteri Besar, Datuk Mukhriz Tun Mahathir meminta pemimpin pembangkang tidak mengungkit mengenai langkah kerajaan negeri menyelesaikan masalah Kolej Universiti Insaniah (Kuin) kerana beliau tidak mahu mengaibkan pemimpin kerajaan Pas Kedah semasa mentadbir negeri sebelum ini.

Katanya, hal ini kerana beliau mempunyai banyak bukti menunjukkan pemimpin Pas melakukan pelbagai masalah hingga menjejaskan kepentingan rakyat secara keseluruhan.

"Saya ingat dia (pembangkang) tak payahlah ungkit perkara ini sebab kita tak mahu mendedahkan sangat banyak masalah yang mereka lakukan sewaktu Kedah di bawah pentadbiran mereka dahulu.



"Saya bersikap berhemah dalam pentadbiran dan tak mahu buat witch hunting, itu bukan cara kita, jadi eloklah pembangkang ini jangan bangkit sangat perkara ini," katanya kepada pemberita selepas mengadakan perjumpaan dengan penjawat awam negeri di Wisma Darul Aman di sini hari ini.

Pada majlis itu, beliau melancarkan majalah Invest Kedah dan logo baharu kerajaan negeri dengan slogan Ke Arah Transformasi Kedah: Bersama Memacu Transformasi.

Semalam, Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar menuduh kerajaan Kedah di bawah Barisan Nasional (BN) lemah kerana gagal menyelesaikan isu Kuin.

Mahfuz membawa minit mesyuarat bagi membuktikan Insaniah Holding adalah berada di bawah pentadbiran Kuin dan sebab itu mahu kerajaan negeri bertanggungjawab terhadap Insaniah Holding. - UTUSAN ONLINE

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

REJIMEN PEJUANG MAYA DIRAJA

Popular Posts

Followers

Blog Archive