Tuesday 7 May 2013

DATUK PADUKA @MukhrizMahathir MULA BERTUGAS HARI INI SEBAGAI MENTERI BESAR





Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir hari ini memulakan tugas baharunya sebagai Menteri Besar Kedah di Wisma Darul Aman di sini tepat pukul 9 pagi.

Mukhriz, 49, yang juga anggota dewan undangan negeri Ayer Hitam menggantikan Datuk Seri Azizan Abdul Razak (Pas) sebagai menteri besar setelah Barisan Nasional (BN) berjaya menawan semula Kedah dengan memenangi 21 kerusi daripada 36 kerusi Dun.

Ketibaan beliau di Wisma Darul Aman berpakaian sut hitam pada pukul 8.45 pagi, disambut Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah (SUK) Datuk Rasli Basir, Setiausaha Sulit Kanan Menteri Besar Kedah Helmi Yahya dan kakitangan pejabat Menteri Besar.

Mukhriz diberikan taklimat ringkas mengenai Pejabat Menteri Besar oleh SUK selama 30 minit di tingkat tiga, pejabat baharunya itu.

Ketika berada di pejabatnya, beliau sempat berseloroh: "Sekarang kosong saja atas meja, tengok dua minggu lagi tinggi dengan fail nanti".

Beliau juga sempat meluangkan masa melawat bilik mesyuarat Dun.

Mukhriz, bekas pelajar Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Kota Baharu, memiliki ijazah dalam bidang Pengurusan Perniagaan di Sophia University, Jepun pada 1982 dan bidang International Marketing di Boston Unversity pada 1987.

Pada pilihan raya umum 2008 beliau memenangi kerusi parlimen Jerlun dan pada 2009 dilantik sebagai timbalan menteri perdagangan antarabangsa dan industri.

Pada awal 2011, Mukhriz dilantik sebagai timbalan pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Kedah dan timbalan pengerusi BN Kedah.

Pada PRU13 Ahad lalu, Mukhriz memenangi kerusi Dun Ayer Hitam setelah menewaskan calon Abd Ghani Ahmad daripada Pas dengan majoriti 2,446 undi.- Bernama

4 comments:

Anonymous said...

nak sedekah alFatihah kepada Mukhriz supaya diberi Taufik dan Hidayah.

Anonymous said...

Tahniah YB di atas lantikan sebagai MB Kedah yang baru. Di bawah adalah cadangan saya untuk pertimbangan YB. diharapkan YB boleh pertimbangkan mana2 cadangan saya yang di rasakan sesuai serta selari dengan YB sebabgai Ketua negeri Kedah.

Saya cadangkan Kedah dijadikan Hub Ekonomi baru untuk Utara tanahair. Diharap dapt dipertimbangkan untuk membina Pelabuhan Bebas Cukai di Kedah untuk kapal2 berlabuh. Berikan insentif serta diskaun untuk bahanapi, air serta caj berlabuh. Lencongkan hentian berlabuh bagi kapal2 yang berurusan dengan kerajaan di Pelabuhan baru Kedah tersebut. Kalau nak lagi hebat, teruskan projeck memotong Segenting Kera di Utara untuk dijadikan terusan ala terusan Panama dan Suez.

Tingkatkan taraf pengangtkutan darat dan udara di Kedah. Naik taraf lapangan terbang Kargo Kedah. Lapangan terbang Alor Setar dinaik taraf menjadi Lapangan terbang antaranbangsa. Ini sesuai dengan visi MB baru untuk meningkatkan kehadiran Pelancung di Utara.

Kedah sudah ada Kulim Hi-Tech. Maka di harap dapat diperluaskan lagi kemudahan serta industri di sana serta diperluakan zon bebas cukai melangkaui Kulim Hi-Tech.

Ini boleh diibaratkan hadiah khas untuk penduduk Kedah yang bersatu-padu menyokong BN sehingga tumbangnya kerajaan PAS di Kedah serta kita bakal mengembalikan kegemilangan kerajaan Kedah.

Kerajaan Kedah Juga boleh menjalin hubungan ekonomi yang erat dengan kerajaan Perak dan Perlis. Wujudkan keretapi komuter/laju diantara Alor Star dan Ipoh untuk memendekkan tempoh perjalanan.

Saya yakin jika dua negeri ini bergabung maka Kedah, Perak dan Perlis boleh manjadi kuasa ekonomi di Utara.

Anonymous said...

Satu tugas yg berat buat YAB terutamanya nak membaiki kerosakan yg dilakukan oleh kaum-kaum sebelum kamu, semuga Allah SWT memberi hidayah dan kekuatan kpd beliau. Perkara pertama beliau hendaklah mengharamkan semua aktiviti pembalakan selama 10 tahun sbg memulihara alam sekitar yg telah dirosakkan oleh kaum sebelum beliau. InsyaAllah dgn kemahiran yg ada byk lg cara utk menjana ekonomi negeri Kedah.

Anonymous said...

salam.
lambatnya masuk.kena perbaiki ni.erm...kena ada amalan macam bapa dia...buku nota kena selalu ada..takpe..slow buat tapi laju tindakan...harap2 sama2 kita memimpin dia dan menegurnya...seperti mana ayahnya menjadi PM, banyak d tegur dan boleh d tegur...tapi kena ada isi kukuhlah...

buat kerja baik2...akan jadi penanda aras untuk semua MB d negeri2 yang d kuasa BN...Tan Sri Syed Mokhtar ada banyak perancangan..insyaAllah di permudahkan...amin...

budakteranung

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

REJIMEN PEJUANG MAYA DIRAJA

Popular Posts

Followers

Blog Archive